,
Sukan

Olimpik Paris 2024: "Saya Dah Janji Bawa Ibu Bapa Pergi Umrah" - Shah Firdaus

Gempak
11/08/2024
18:48 MYT
"Saya dah janji nak bawa ibu bapa pergi Umrah," kata pelumba berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, yang terkilan tidak dapat membawa pulang pingat buat Malaysia dari Sukan Olimpik Paris 2024 walaupun peluang itu sudah berada di depan matanya.
Shah Firdaus terlibat kemalangan dalam perlumbaan final acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024 di Velodrom Nasional Perancis petang semalam.
Pelumba berusia 28 tahun itu beraksi baik dan berada dalam kelompok tiga teratas tetapi menuju ke penamat, dia terlibat kemalangan dengan pelumba Jepun, Shinji Nakano, sehingga terjatuh.
Dia kemudian bangkit meneruskan perlumbaan untuk menamatkannya di tempat keempat tetapi keputusan itu dibatalkan untuk Shah Firdaus menamatkan saingan di tempat keenam.
Dalam temubual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Shah Firadus tampil memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia tatkala harapan emas pertama turut terkubur di bumi Paris.
"Sebenarnya saya sudah berjanji dengan ibu saya, jika saya menang, saya akan membawa mereka pergi Umrah tetapi Allah tahu apa yang lebih baik untuk saya.
"Saya sudah nampak segalanya di depan mata saya, saya nampak pingat sudah 100 peratus di depan saya. Badan saya berasa baik, kaki saya berasa baik dan saya yakin sejak semalam hingga hari ini.
"Suku akhir, separuh akhir, saya berada dalam keadaan yang amat baik, saya berada dalam zon saya.
"Saya tahu saya boleh menewaskan mereka tetapi inilah keirin, segalanya boleh berlaku.
"Ini bukannya waktu untuk saya menyalahkan sesiapa. Seperti yang anda dapat lihat, pelumba terakhir boleh menang gangsa. Boleh anda bayangkannya?
"Saya memang sudah berada di situ dan ia memerlukan masa untuk saya hadamkan semua ini, ia bukan mudah," katanya.
Sumber: Stadium Astro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Pempengaruh Lelaki Tiada Adab, Pakai Jubah Tunai Umrah

gempak
20/11/2024
08:00 MYT
Seorang pempengaruh Indonesia yang juga transgender menimbulkan kemarahan khalayak menerusi perlakuan biadabnya baru-baru ini.
Hiburan

Tunjuk Perubahan Positif Sepanjang Dalam Pengawasan AADK, Exists Mahu Doakan Mamat Di Tanah Suci – “Gugurkan Apa Saja Dosa...”

gempak
10/11/2024
01:50 MYT
Penyanyi dan komposer, Ajai memaklumkan dia dan Exists akan mendoakan sahabatnya, Mamat yang kini berada dalam pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Tanah Suci Makkah kerja tunaikan ibadah umrah, tahun depan.
Hiburan

‘Borong’ Minyak Wangi Di Makkah & Madinah, Shuib Belikan 2 Bagasi Untuk Watie Hanifiah - “Daddy Sokong Betul Bini Dia…”

gempak
06/11/2024
09:55 MYT
Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah terharu apabila suaminya membelikan dua bagasi baharu supaya memudahkannya menyimpan minyak wangi yang dibeli di Makkah dan Madinah untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Hiburan

Kilauan Emas 2024: “Benda Berkaitan Hutang Jangan Dibiarkan Tergantung” - Gee Mahu Selesaikan Hutang, Nak Tenang Buat Umrah

gempak
05/11/2024
02:50 MYT
Juara Kilauan Emas 2024, Gie Hamid, 48, merancang menggunakan wang RM30,000 hasil kemenangannya untuk melangsaikan hutang.
Sukan

Atlet Cemas Telefon Bimbit, Dompet Hilang Malam Raya Deepavali

gempak
01/11/2024
02:55 MYT
Malam raya Deepavali tahun ini pastinya diingati sepanjang hayat buat pelari jarak jauh negara, Daren James Nair.
Unitar