Majalah berprestij, Time menyenaraikan pesohor Bollywood, Shah Rukh Khan sebagai salah seorang daripada 100 individu paling berpengaruh di dunia untuk tahun ini.

Nama Shah Rukh Khan atau SRK diumumkan menerusi anugerah tahun, 100 Most Influential People dengan wajahnya menjadi sampul majalah tersebut.

SRK tersenarai bersama pesohor lain dari seluruh dunia, termasuk bintang Pedro Pascal dan Jennifer Coolidge.

Salah seorang yang meraikan pengiktirafan tersebut adalah rakan seindustri, Deepika Padukone.

Aktres cantik itu melabelkan bintang yang menjadi heronya dalam Pathaan sebagai fenomena.

“Saya tidak pernah akan lupa mengenai pertemuan pertama dengannya. Saya baru sampai dari Bangalore di Mumbai bersama beg pakaian dan impian.

“Perkara seterusnya yang terjadi, saya telah berada di rumah Shah Rukh Khan! Saya akan berganding dengannya. Itu sejak 16 tahun lalu.

“Apa yang menjadikan hubungan kami istimewa adalah sikap menghormati, kasih sayang dan percaya antara satu sama lain.

“Shah Rukh Khan akan menjadi individu terhebat sepanjang masa,” ujar Deepika seperti dilaporkan Hindustan Times.

Selain Pathaan, Deepika pernah bersama SRK dalam filem seperti Om Shanti Om, Chennai Express dan Happy New Year.