Shaheizy Sam Bagi Hint Mahu 10 Anak, Ini Jawapan Syatila Melvin

Syafiqah Jalal
Ogos 21, 2018 03:21 MYT
Pasangan Syatila Melvin dan Shaheizy Sam selalu menjadi perhatian, lebih-lebih lagi selepas dikurniakan seorang anak yang comel, Syeriv.
Namun baru-baru ini, pasangan itu sekali jadi perhatian apabila Sam dalam akaun Instagram (IG) telah memberi ‘hint’ mahu dikurniakan anak 10.
“Melayan kerenah yang seorang ni pun dah huru hara, macam mana nak melayan yang bakal 10 orang lagi?,” tulisnya.
Kapsyen tersebut mendapat perhatian Syatila yang muncul memberi komen membalas permintaan Sam.
“Wife awak beranak ikut pusat ker sampai nak 10 orang?,” balas Syatila
Gelagat pasangan ini mencuit hati peminat mereka yang rata-rata merasakan ia sangat lucu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016.
#pelakon #Anak #Shaheizy Sam #Pelakon #Syatila Melvin