Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Shaheizy Sam Rancang Buka Instagram Anak, Jadikan Jurnal Peribadi

Rozaimi Zubaidi
31/05/2017 06:41 MYT
Pelakon Shaheizy Sam mengakui mempunyai perancangan untuk membuka laman sosial, Instagram (IG) anaknya.

Menurut Sam, tujuan dia mengambil keputusan untuk membuka IG tersebut kerana ingin dijadikan sebagai jurnal peribadi anaknya apabila telah dewasa nanti.

"Sudah pasti saya akan kecewa sekiranya semasa zaman kecil dahulu sudah ada Instagram, tetapi ibu tidak membuatnya untuk saya.

"Hal ini kerana saya tidak boleh melihat dan tidak jumpa lagi gambar-gambar sewaktu saya kecil.

"Jadi saya mengambil keputusan membuka IG anak saya kerana sekurang-kurangnya ia boleh dijadikan sebagai diari yang bukan sekadar gambar, tetapi sebagai sejarah hidupnya bermula dari hari pertama lahir sehingga dewasa," katanya kepada Astro Gempak.

Sam berkata demikian ketika ditemui pada sesi pengambaran Supertele Baby Bro, di Ayer@8, Putrajaya, baru-baru ini.

Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin mendirikan rumah tangga pada 7 Februari 2016 di Bukit Jawi Golf Resort, Nibong Tebal, Pulau Pinang setelah 6 tahun berkenalan.

Mereka telah dikurniakan seorang bayi lelaki pada 9 Mei lalu.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
#pelakon #Shaheizy Sam #Pelakon
;