HIBURAN
Shahida Didakwa Mulakan ‘Pergaduhan’, Aliff Syukri Tampil Pertahankan Isteri - “Pada Mulanya, Kami Sekeluarga…”
Isu melibatkan keluarga usahawan Datuk Seri Aliff Syukri dan pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam masih menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial.
Foto & video
Terbaharu, Aliff tampil menjelaskan isu tersebut berbangkit bukanlah disebabkan pihaknya yang memulakan dahulu seperti yang didakwa segelintir pihak.
ARTIKEL BERKAITAN: "Menantu Saya Tak Kaya, Tapi Tak Meminta-Minta" - Bonda Rozita Sifatkan Datin Shahida Menantu Terbaik, Anugerah Terindah
ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri Akhirnya Bersuara Isu Keluarga, Mohon Hentikan Segala Pertengkaran - “Kri Hanya Nak Mak Bahagia, Maaf Kalau Kri Salah…”
ARTIKEL BERKAITAN: Datin Shahida Bidas Dakwaan Gila Populariti & Tumpang Hasil Kekayaan - “Baik Saya Duduk Dirumah Habiskan Duit”
ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Gila 'Glamour', Rebecca Nur Al-Islam Bidas Isteri Aliff Syukri - “Adakah Makcik Ini Bodoh Atau Bercakap Tak Menggunakan Akal?”
Menurut Aliff, dia dan keluarganya tidak dibenarkan untuk berkongsi sebarang foto atau video ketika majlis tertutup yang dipercayai acara pernikahan ibunya iaitu Bonda Rozita.
“Kan orang konon-konon kami yang mulakan dulu. Okay saya nak buat satu kenyataan yang betul-betul, jujurlah. Sebenarnya cerita ini bermula macam ini.
“Pada awalnya, kami sekeluarga tidak dibenarkan posting gambar dan waktu majlis tertutup, tak boleh ambil gambar, tak boleh buat video. Ha jadi semua kita orang ini macam satu keluarga ini private la.
“Tak nak cerita, senyap, dah buat perbincangan. Tertutup, tak ada cerita apa-apa. Nak jadikan cerita, saya dengan Shahida mendengar semua luahan anak-anak bonda,” katanya.
Luah rasa sedih
Berkongsi lagi, Aliff memberitahu dia dan isterinya iaitu Datin Nur Shahida sentiasa menjadi pendengar luahan adik-beradiknya meluahkan rasa sedih melihat foto dan video pernikahan ibu mereka tersebar.
“Saya cerita ringkasan saja bagi korang faham. Jadi, kami dengar seorang cakap itu, seorang cakap ini. Kita dengar, tak la menyampai mana-mana pihak.
“Tak ada cerita buruk dekat orang, kita dengar… mereka budak-budak kan, tengah sedih. Kita faham la. Jadi bila mereka tertengok gambar, tertengok video, mereka sedih.
“Jadi, kita sebagai ibu bapa, kita sebagai abang yang jarang macam mak ayah ini, mereka datang rumah kita. Selalu datang rumah kita, kita nasihat ‘sudah la, biasa la tu’ untuk cool down budak tu,” ujarnya.
Terima provokasi
Dalam pada itu, Aliff berkata isterinya mula bercakap mengenai perkara itu selepas menerima provokasi ketika sedang membuat siaran langsung (live) untuk berniaga.
“Tetapi, nak dijadikan cerita la. Kak Ida ini, isteri saya la… dia kan berniaga, orang duk tanya, provoke dan sebenarnya video ini datang daripada kami.
“Bila kena provoke, isteri saya Datin itu geram. Bila provoke tanya itu, jadi berbalas la dekat situ. Itu sahaja,” ujarnya.