Shahrul Shiro Beri Hadiah Sempena Birthday Ajak, Netizen Tersentuh; - “Suka Tengok Mereka Dah Berbaik…”
Hubungan persahabatan antara penyampai radio, Ajak Shiro dan pelawak, Shahrol Shiro dilihat kembali akrab.
Beli hadiah untuk Ajak
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di TikTok oleh Shahrol, pelawak tersebut berkongsi tentang dirinya membelikan hadiah sempena ulang tahun kelahiran Ajak yang ke-39.
undefined
“Maaf Ajak atas kelewatan hadiah hari lahir. Barang dari Sunway Dubai memang lambat sikit sampai.
“Apa pun selamat hari lahir dan Allah SWT merahmati perjalanan hidupmu sekeluarga,” tulis Shahrol pada ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, majoriti netizen gembira melihat persahabatan kedua pelakon filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang! berkenaan.
“Seronok tengok ek kuat betul pertalian persaudaraan merema. Semoga Allah sentiasa permudahkan mereka berdua.
“Suka tengok mereka dah berbaik semula seronok sangat.
“Tersentuh hati bila mereka berbaik semula. Alhamdulillah masing-masing rendahkan ego untuk bermaafan,” komem beberapa netizen.
Sekadar info, pada Ogos tahun lalu Ajak mendedahkan bahawa persahabatannya dengan Shahrol kembali pulih selepas tiga tahun tidak bertegur sapa.
Untuk rekod, salah faham antara Ajak dan Shahrol sebelum ini menjadi bualan ramai selepas mereka saling berbalas kenyataan di sosial media sekitar tahun 2022.