“Ini Adalah Investment Saya Untuk…” - Mierul Aiman Beli Rumah, Peminat Teruja Nak Jadi Jiran
Pelakon meningkat naik, Mierul Aiman menyorot perhatian selepas satu video di TikTok menunjukkan dirinya berkongsi tentang pembelian hartanah baru-baru ini tular.
Menerusi hantaran individu yang dipercayai seorang ejen hartanah, video tersebut memaparkan pelakon drama Project: High Council tersebut berkongsi alasan disebalik pembelian rumah di Kota Warisan, Sepang itu.
@rahimzulkifly Salah seorang client saya yang membeli rumah Arena Residence 2 di Kota Warisan, Sepang. Tahniah untuk beliau kerana miliki rumah diusia muda 😎🤩👏🏻 Thank you so much @Mierul kerana mempercayai khidmat & servis saya. Moga dipermudahkan urusan dan selamat maju jaya.. Congratulations 😊✨ #RahimZulkifli #ChefHartanah #fyp #hartanahselangor #kotawarisan #foryoupage #Selangor #ioiproperties #arenaresidences #arenaresidences2 #highcouncil #amierulaiman #fakhri #kapla ♬ Acoustic guitar live performance Gentle and nimble in nature(1007339) - Melonest
“Sebab saya memilih untuk beli di kawasan ini adalah atas investment saya untuk masa depan, anda patut jadi salah seorang client untuk hartanah di sini,” kata Mierul.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Mierul kerana berjaya memperolehi satu aset besar walaupun hanya berusia 27 tahun.
“Rezeki usia muda.
“Nak berjiran dengan Mierul boleh tak?
"Ya ampun ada rezeki mana tahu berjiran.
“Tahniah untuk Mierul kerana miliki rumah di usia muda,” komen beberapa netizen.
Setakat artikel ini ditulis hantaran tersebut telah mendapat sebanyak 80,000 tontonan di platform TikTok.