Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Shakilla Khoriri Akui Khilaf Ambil Gambar Mesra Dengan Lelaki - “Saya Ada Bukti Dia Pernah…”

Asyikin Mayudin
31/07/2023 00:56 MYT
Susulan dakwaan menjalinkan hubungan terlarang dengan suami orang, pelakon Shakilla Khoriri mengakui dia berasa terkilan apabila fitnah itu telah menyebabkan ibunya menangis.

Tampil menjelaskan mengenai dakwaan tersebut, Shakilla mengakui gambar mereka itu dirakam pada Ogos dan September tahun lalu namun menegaskan lelaki itu bukanlah suami orang.

“Saya agak kecewa apabila emak saya menangis… itu gambar lama! Pasti tak lelaki itu adalah suami orang? Saya ada bukti dia pernah jadi suami orang.

“Tak payah susah-susah pergi hire orang. Gambar itu pada bulan Ogos dan September, dia memang sah bukan suami orang,” tegas Shakilla menerusi temu bual bersama sebuah program hiburan.

Shakilla memohon maaf atas kekhilafannya mengambil gambar mesra dengan lelaki tersebut dan turut menegaskan dia tidak akan memaafkan tindakan pihak yang menyebarkan foto itu.

Selain itu, bekas isteri kepada penyampai radio Fizi Ali ini menafikan dakwaan yang mengatakan dia mengikis duit lelaki tersebut.

“Isu gambar bermesra, saya minta maaf… yang itu memang khilaf saya. Tak sepatutnya berlaku dan tak patut dicontoh pun. Apa yang saya rasa tak boleh dimaafkan, awak curi gambar peribadi saya.

“Gambar itu hanya saya dan lelaki itu saja ada. Saya tak tahu cara macam mana yang awak ambil. Ada dua telefon saja. Saya boleh dakwa awak, mencuri, menyebarkan dan isi kandungan awak yang mengatakan saya ini mengikis duit suami orang, awak kena tanggung benda ini.

“Apa yang saya kikis, sedangkan duit saya habis berpuluh ribu… buat macam-macam busines,” kata Shakilla lagi.

Tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pemfitnah, Shakilla bagaimanapun berkata dia masih lagi memberi peluang untuk pelaku berkenaan tampil membuat memohon maaf.

BACA SINI: “Saya Memang Sudah Di Cop Jahat. Saya Ok” - Shakilla Khoriri

BACA SINI: Didakwa Bercinta Dengan Suami Orang, Shakilla Khoriri Ajak Individu Sebar Fitnah Jumpa - “Ikutkan Saya Malas Layan Tapi…”

Nama pelakon Shakilla Khoriri menjadi perbualan hangat di laman sosial apabila tersebar foto dia bersama seorang lelaki yang didakwa sudah berkahwin.

Menurut sumber itu, lelaki itu adalah seorang ahli perniagaan dan didakwa pernah mengikuti Shakilla ke Sabah bagi menjalani penggambaran sebuah program televisyen.

Menafikan dakwaan tersebut, Shakilla berkata dia berasa yakin bahawa individu yang menyebarkan fitnah itu mengenali dirinya dan sengaja mahu menjatuhkan reputasinya.

Untuk info, Shakilla pernah mendirikan rumah tangga dengan Fizi Ali pada 18 Februari 2018 namun pasangan itu berpisah pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan diberi nama Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun.


#Shakilla Khoriri #Fizi #Shakilla #Shakilla gambar
;