Laman Utama
Didakwa Bercinta Dengan Suami Orang, Shakilla Khoriri Ajak Individu Sebar Fitnah Jumpa - “Ikutkan Saya Malas Layan Tapi…”
Nama pelakon Shakilla Khoriri menjadi perbualan hangat di laman sosial apabila tersebar foto dia bersama seorang lelaki yang didakwa sudah berkahwin.
Menafikan dakwaan tersebut, Shakilla berkata dia berasa yakin bahawa individu yang menyebarkan fitnah itu mengenali dirinya dan sengaja mahu menjatuhkan reputasinya.
“Sebenarnya saya dapat rasa ada individu disebalik dakwaan ini dan individu itu juga mengenalisaya. Tapi bagi saya, kalau betul ada masalah, boleh saja hubungi saya terus.
“Tak perlu la nak perbesarkan isu tersebut… jumpa saya terus sebab fitnah yang disebabkan itu memang sangat melampau! Ikutkan saya malas nak layan tapi bila saya diam, mereka ini (penyebar fitnah) melampaui batas.
"Saya rasa tak perlu saya keruhkan keadaan lagi sebab ia akan memberi kesan buat keluarga, terutamanya anak perempuan saya," kata Shakilla kepada Gempak.
Dalam pada itu, bekas isteri kepada penyampai radio Fizi Ali ini turut mengakui dia ada bertemu ramai orang termasuklah penerbit namun ia sekadar atas urusan kerja sahaja.
“Saya ada la berjumpa dengan ramai orang selepas saya kembali solo dan tak ada mempunyai hubungan dengan mana-mana pihak. Lagipun, sekarang ini saya sibuk menguruskan bisnes sendiri.
“Kelompok kawan-kawan saya pun dah tak sama dan bukan hanya dalam kalangan selebriti saja. Kadang-kala saya perlu jumpa penerbit atas urusan kerja.
“Tapi mungkin orang salah sangka dan beranggapan saya keluar pula dengan suami orang,” jelasnya lagi.
Terdahulu, sebuah portal hiburan melaporankan menerima kiriman e-mel daripada individu tidak dikenali mendakwa aktres berkenaan sedang hangat menjalinkan hubungan dengan suami orang.
Menurut sumber itu, lelaki itu adalah seorang ahli perniagaan dan didakwa pernah mengikuti Shakilla ke Sabah bagi menjalani penggambaran sebuah program televisyen.
ARTIKEL BERKAITAN: Bercerai Bukan Erti Bermusuh! Ramai Salute Hubungan Baik Shakilla-Fizi Ali Demi Anak - "Ada Juga Manusia Panas ..."
ARTIKEL BERKAITAN: Shakilla Khoriri Sanggup Korbankan Hati & Perasaan Sendiri Demi Anak - “Aku Jahat Tapi Tak Pernah Ajar Ajaran Yang…”
Untuk info, Shakilla pernah mendirikan rumah tangga dengan Fizi Ali pada 18 Februari 2018 namun pasangan itu berpisah pada Disember 2021.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan diberi nama Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun.
Must-Watch Video