Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Shakilla Khoriri Kongsi Pengalaman Bawa Ameena Sofia & Anak Tiri Bercuti – “Aku Cuba Berlapang Dada Untuk Membentuk Keduanya”

Khairil Khusyairi 09/12/2024 | 08:20 MYT
Pelakon Shakilla Khoriri mencuri perhatian apabila berkongsi momen dia dan suami bercuti ke Jepun baru-baru ini.

Bawa Ameena & Anak Tiri Bercuti

Pada percutian tersebut, suami kepada Shakilla iaitu Mohd Fariz turut membawa anak lelakinya.

Menurut Shakilla, dia mengakui wujud pergaduhan manja antara anaknya, Ameena Sofia dan anak lelaki suaminya itu namun Shakilla dan suami tetap sabar melayan karena anak-anak.
“Pergi travel dengan anak-anak ni actually tak ada lah susah kalau kita tahu cara dia. Everything okay je tapi pergaduhan manja antara budak berdua ni of course ada.

“Boy and girl and rakan sebaya ni banyak yang tak sebulu. Kadang sweet like a candy tapi tiba-tiba mood swing masing-masing sampai mak pak diorang pun bergaduh nak meleraikan pergaduhan.

“Tapi itulah kenyataan. Adik beradik kandung pun bergaduh kadang lebih hebat. Sampai pukul memukul inilah pulak adik beradik tiri.

“Aku cuba berlapang dada untuk membentuk keduanya sebab anak-anak ni ‘kain putih’, yang melukis dan mewarna adalah kita sebagai parents.

“Lain orang lain ajarannya. But for sure semua nak kan yang terbaik untuk anak masing-masing,” kongsi Shakilla.

Berhak Dapat Sepenuh Kasih Sayang

Tambah Shakilla lagi, dia menyifatkan anak perempuannya juga berhak mendapat sepenuh perhatian dan kasih sayang darinya.

“Ameena aku memang layan and berikan segalanya pada dia. Dia tak sama macam adik tiri dia yang masih ada both attention dari mak pak dia.

“Ameena ibarat hanya ada aku yang akan melihat up and down hidup dan perasaan dia.

“Aku yang ada untuk settlekan rasa bahagia dan sedih dia. Mengajar setiap pelajaran kehidupan dan segalanya.
“Tipu kalau aku cakap aku tak penat,” coretnya lagi.
Di akhir tulisan, Shakilla turut menitipkan doa buat Ameena.
Untuk rekod, Shakilla pernah berkahwin dengan Fizi Ali pada Februari 2018 dan dikurniakan anak perempuan, Ameena Sofia yang kini berusia lima tahun.
Mereka bagaimanapun bercerai pada Disember 2021.
Pelakon drama hits Adam dan Hawa itu kemudian bertemu jodoh dengan Mohd Fariz dan sah bernikah pada 24 Februari lalu.

#pelakon #Shakilla Khoriri #Percutian #Anak Tiri #Ameena
;