Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Shamsul Ghau Ghau Sokong Tindakan Fattah Amin Simpan ‘Aib’ Bekas Isteri - “Sebagai Lelaki, Dalam Rumah Tangga Ini…”

Asyikin Mayudin
09/10/2024 21:55 MYT
Pelakon dan pelawak, Shamsul Ghau Ghau memuji tindakan aktor Fattah Amin yang memilih untuk menyimpan rahsia atau aib bekas isterinya, Nur Fazura kepada umum selepas menceraikan aktres tersebut.

Lebih baik berdiam

Menyokong tindakan Fattah, Shamsul Shamsul atau nama sebenarnya, Shamsul Azahar Alidin, beranggapan seseorang itu memilih untuk berdiam diri bukanlah bermaksud kalah dan salah.

“Saya pun tak sebelahi mana-mana, itu hal keluarga dia. Tetapi sebagai lelaki, dalam rumah tangga ini, kalau wanita sedang bercakap, biar dia bercakap dahulu. Kalau dua dua nak bercakap, ia akan jadi kecoh.

“Selepas isteri habis bercakap, barulah kita berikan penjelasan kita pula. Tak mengapa, suatu hari nanti kebenaran akan muncul. Berdiam diri sekarang tidak bermakna kita kalah, kita salah,” katanya kepada Gempak.

Shamsul berkongsi pendapatnya ketika ditemui pada sidang media drama Salju Rindu Di Bumi Auckland, di Sri Pentas, Petaling Jaya pada Rabu.

Tak datangkan manfaat

Selain itu, kata Shamsul, sekiranya dua-dua pihak saling berbalah memberi kenyataan, ia tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada mana-mana pihak.

Malah, katanya, ia mampu mengundang lebih banyak kecaman dan tohmahan masyarakat.

Sebelum ini, Fazura secara terbuka mendedahkan sikap curang Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, menjadi salah satu punca dia menuntut cerai di mahkamah.

BERITA TRENDING: "Hak Penjagaan Kami Akan Rekodkan Di Mahkamah Tinggi Syariah" - Peguam Fazura

BERITA TRENDING: Didakwa Buka Aib Bekas Suami, Netizen Nak Cancel Fazura?

BERITA TRENDING: Mahu Jaga Aib, Fattah Amin Ada Simpan Rahsia Fazura - “Saya Pun Dah Bersetuju Untuk Tidak Failkan Nusyuz”

BERITA TRENDING: Koleksi Beg Tangan Mewah Fazura Buat Netizen Kagum - “Memang Kaya Sungguh…”

Malah, pelakon itu turut menyebut beberapa faktor lain iaitu isu nafkah dan tiada persefahaman.

Fattah dan Fazura bercerai talak satu sekitar pukul 9.45 pagi pada Isnin di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

#Fattah Amin #Bekas Isteri #Nur Fazura #Suami #Isteri #Rumah tangga #Shamsul Ghau Ghau
;