Hiburan

"Hak Penjagaan Kami Akan Rekodkan Di Mahkamah Tinggi Syariah" - Peguam Fazura

gempak
Firdaus
08/10/2024
09:25 MYT
Sponsor Banner
"Hak Penjagaan Kami Akan Rekodkan Di Mahkamah Tinggi Syariah" - Peguam Fazura
Peguam mewakili aktres Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan bakal memfailkan kes baru berkaitan hak penjagaan anak antara pelakon itu dengan bekas suami, Fattah Amin di Mahkamah Tinggi Syariah.

Kes Bakal Difailkan Di Mahkamah Tinggi Syariah

Fakhrul ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, berkata, perkara itu perlu difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah kerana ia di luar bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah.

"Hak penjagaan kami akan rekodkan di Mahkamah Tinggi Syariah...

"Terma-terma persetujuan juga sudah direkodkan termasuklah nafkah edah, nafkah anak dan apa-apa yang berkaitan dengan bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah.
"Hak penjagaan kami akan rekodkan di Mahkamah Tinggi Syariah sebab bukan bidang kuasa mahkamah di Mahkamah Rendah.
"Kami kena failkan kes baru di Mahkamah Tinggi untuk merekodkan persetujuan yang tercapai dalam perjanjian. Tarikh belum ditetapkan sebab selepas ini baru boleh difailkan," katanya.

BERITA TRENDING: Sentiasa Luah Rasa Rindu Terhadap Anak & Isteri, Pekin Ibrahim Puji Sikap Fattah Amin - “Tak Sekali Pun Saya Nampak Dia Gatal Atau Cerita Hal Wanita”

BERITA TRENDING: Didakwa Buka Aib Bekas Suami, Netizen Nak Cancel Fazura?

BERITA TRENDING: Lana Nodin Nasihat Fazura Jangan Buka Aib, Takut Efek Anak - “Esok Budak Tu Dah Besar, Tengok Malu Saja”

BERITA TRENDING: Fattah Amin Reda Jodoh Tak Panjang, Tiada Kekesalan Berkahwin Dengan Fazura - “Saya Juga Masih Sayangkan Dia Sebagai…”

Dalam pada itu, Fattah menyatakan biarpun Fazura mendapat hak jagaan ke atas Fatima, dirinya masih diberikan peluang untuk bertemu dan bermalam dengan anaknya.
"Betul hak jagaan anak diberi kepada Fazura, tapi kami ada perjanjian yang perlu dipersetujui bersama.
"Antaranya saya dapat hak lawatan untuk berjumpa Fatima dan bermalam dengannya, Alhamdulillah," ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024