BERITA
Sharifah Aleya Selamat Lahirkan Anak Ke-4
Pelakon Sharifah Aleya selamat melahirkan bayi keempatnya pada 30 Oktober lalu.
Aleya mengumumkan berita gembira tersebut di akaun Instagram (IG)nya sebentar tadi.
Aleya bersyukur akhirnya dia selamat melahirkan bayi lelakinya itu selepas dua hari lewat daripada tarikh kelahiran yang ditetapkan.
Puteranya itu selamat dilahirkan secara normal selepas waktu Asar pada Isnin lalu selepas memasuki bilik bersalin jam 8 pagi.
Aleya dan bayinya telah selamat pulang ke rumah dan mereka berdua kini berada dalam keadaan sihat.
Menurut Aleya dia belum memikirkan nama untuk bayinya itu lagi tetapi akan berkongsi jika semuanya sudah selesai.
Aleya dan suaminya, Miko yang berkahwin pada Januari 2013 itu mempunyai seorang lagi anak bersama iaitu Ali Abdullah, 2.
Menerusi perkahwinan pertama bersama pemuzik, Muhd Ashraf Aasimuddin, Aleya dikurniakan sepasang anak kembar, Aza Ameena dan Asha Ameena, 8.
Foto: Instagram Sharifah Aleya
Must-Watch Video