Dengan sekali lafaz, pelakon Sharifah Amani telah selamat dinikahkan dengan pasangan, Ahmed Faris Othman dalam sebuah majlis ringkas di Kuala Lumpur pada pukul 10.15 pagi Sabtu.

Majlis akad nikah dikendalikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Rahimin dengan berwalikan bapa Sharifah Amani iaitu Syed Zainal Rashid Syed Zainal Abidin.

Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup itu dihadiri kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan teman rapat.

Atas permintaan keluarga kedua-dua belah pihak, pasangan pengantin merahsiakan jumlah wang hantaran.

Pengantin lelaki turut menyerahkan mas kahwin bernilai RM300 dengan lima dulang hantaran dari pihak lelaki berbalas tujuh.

Turut hadir pada majlis pernikahan tersebut ialah Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq, Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil, pelakon teater Jo Kukathas, Iedil Zuhri & Prisia Nasution, Nadiya Nisaa’ dan Megat Shahrizal.

Pasangan mempelai akan diraikan dalam satu majlis resepsi pada malam ini di lokasi sama.

Untuk rekod, Ahmed Faris yang bertugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Impact Integrated itu telah mengikat tali pertunangan dengan Sharifah Amani sekitar Jun lalu.

Perkenalan Amani dan Ahmed Faris bermula sebagai rakan sekerja apabila dia dilantik sebagai Lembaga Pemegang Amanah di syarikat suaminya.

BACA: "Dia Seorang Yang Bijak & Lucu" - Sharifah Amani Bakal Dedah Identiti Tunang Selepas Nikah

BACA: "Know-Know Got Fiance" - Sharifah Amani Dah Bertunang, Love! Kapsyen Pun Sempoi