Sharifah Amani Kongsi Foto Sekitar Majlis Pernikahan Cristina Suzanne

Kamaruddin Razal
April 19, 2018 11:47 MYT
Pelakon Sharifah Amani berkongsi foto di sekitar majlis pernikahan sahabat baiknya, aktres Cristina Suzanne.
Amani dan Cristina merupakan teman rapat dan mempunyai satu kumpulan rakan-rakan yang menggelarkan diri mereka The Sonias, termasuklah Chelsia Ng, Sherry Alhadad, Nadiya Nisaa dan Nadia Aqilah.
Di ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Cristina dan mendoakan agar pelakon itu berbahagia hingga ke akhir hayat.
BACA: Tamat Zaman Bujang, Cristina Suzanne Selamat Bernikah
Cristina yang mula dikenali menerusi program pencarian bakat lakonan Pilih Kasih melangsungkan pernikahan dengan M Faiz Zakaria yang berasal dari Johor pada 31 Mac lalu.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Amani
#pelakon #Cristina Suzanne #Pelakon #Sharifah Amani