Hiburan
Sharifah Rose Mahu Cebur Diri Dalam Bidang Pengacaraan?
Personaliti media sosial, Sharifah Rose atau mesra disapa Rose akui masih tidak mempunyai minat untuk menceburi bidang lakonan.
Menurut Rose, dia pernah berlakon dengan beberapa pihak produksi sebelum ini, namun minatnya masih belum kearah itu.
"Saya pernah cuba berlakon sebelum ini, tetapi saya rasa saya tiada minat untuk bergelar seorang pelakon setakat ini.
"Menyanyi pun saya tak boleh, jadi, dalam bidang hiburan, saya memang tiada minat kearah berlakon dan menyanyi.
Rose berkata demikian ketika ditemui di Laun-Jink Party bertempat di Black Box MAPKL, Publika baru-baru ini.
Walaubagaimanapun, Rose tidak menolak kemungkinan untuk menceburi bidang pengacaraan suatu hari nanti.
Namun jika berpeluang, dia perlu mempertingkatkan kebolehan dan mengasah bakat terlebih dahulu.
"Mungkin saya boleh cuba bidang pengacaraan, Insya-Allah kalau ada rezeki suatu hari nanti.
"Tetapi sebelum berbuat demikian, saya haruslah mengasah bakat terlebih dahulu," katanya lagi.
Selain Rose, Laun-Jink Party turut dihadiri oleh beberapa barisan personaliti media sosial dan selebriti seperti Alya Iman, Kasih Iris Leona dan ramai lagi.
Majlis itu diadakan sempena pelancaran jenama pakaian Jinks yang dilancarkan oleh pengasasnya, Johanis Sani.
Koleksi jenama Jinks menawarkan pakaian yang menggunakan material selesa dan bersesuaian dengan cuaca di negara kita.
Selain itu, jenama ini juga meraikan kepelbagaian saiz badan dan tidak hanya menawarkan saiz untuk pelanggan bertubuh langsing semata-mata.
Must-Watch Video