Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”

Asyikin Mayudin
20/04/2024 03:55 MYT
Tiada lelaki istimewa dalam hidup buat masa ini, pelakon Sharifah Sakinah memberitahu usianya sudah meningkat untuk memikirkan soal percintaan.

Belum Fikir Soal Cinta

Menerusi temu bual bersama Hlive, Sakinah, 35, berkata fokus utamanya kini hanya kecergasan dan kesihatan sahaja.

“Umur saya dah berapa nak ada boyfriend, dah tua dah untuk ada pasangan hidup. Fokus saya ke arah kecergasan dan kesihatan saja yang ada dalam kepala saya. itu saja ada,” katanya,.

Bagaimanapun pemilik nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired ini sentiasa terbuka untuk menerima seseorang.

“Tidak (serik)… saya sentiasa terbuka. Ada peluang, why not. Semua benda tidak berkemungkinan,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Sakinah turut menafikan dia kini sudah menetap di Pulau Bali, Indonesia kerana masih mempunyai anak di Malaysia.

Untuk info, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang bernama Aliff Adha pada 2015 namun berpisah pada Mei 2020 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Anais Adha.

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Selepas itu, Sakinah berkahwin dengan Michael Hense pada penghujung 2020 namun hanya berkongsi mengenai perkahwinan mereka kepada umum pada Februari.

Bagaimanapun, perkahwinan mereka tidak dapat bertahan dan bercerai pada penghujung 2022.

BERITA TRENDING: Isu Gendong Anjing, Sharifah Sakinah Mohon Maaf

BERITA TRENDING: Sharifah Sakinah Kata Nad Zainal Tak Sombong - “Netizen Salah, Dia Primadona Yang Cantik”

#pelakon #Sharifah Sakinah #Artis #Bekas suami Sakinah #Sakinah Bali #Sakinah cinta #Sakinah kekasih
;