Pelakon Sharnaaz Ahmad tidak bersetuju apabila wujud program bertujuan melahirkan pencipta konten (content creator) dengan perkara viral di negara ini.

Kata Sharnaaz, lebih baik sekiranya sebuah program itu diwujudkan dengan bertujuan melahirkan bakat seni yang mampu menyumbang kepada industri tanah air berbanding program berbentuk viral.

“Kalau nak lahirkan kaki viral di Malaysia elok lahirkan lagi anak anak seni berbakat dalam lakonan dan seni tanah air. Bukan viral samp*h.

“Dude, aku dah 37 tahun, dah tak lama dalam industri. Kalau begini industri kita, sumpah tak boleh.

“Aku dah lama tak nak masuk campur urusan viral atau benda bo*oh, Aku ada anak,” kongsinya menerusi satu hantaran di IG Stories.

Sharnaaz berkata demikian bagi mengulas mengenai isu penularan sebuah video prank melampau oleh seorang pempengaruh media sosial yang juga peserta sebuah program konten viral.

Dalam masa sama, aktor itu berasa hairan kemana hilangnya zaman bakat yang mempunyai kualiti di negara ini.

Malah dia mengakui teringin melihat bakat baharu yang hebat daripada bidang lakonan dan nyanyian.

“Mana zaman quality? Mana zaman ‘Hang kena ada bakat’?

“Ni ada pulak yg cakap, rupa ada, bakat boleh train, macam haw*u.

“Aku teringin nak tengok bakat-bakat baru yang power dalam lakonan dan nyanyian bukan setakat muka sahaja,” tambahnya.