,
Laman Utama

Sharnaaz Dedah Sebab Keluar Pengurusan Serentak Bersama Aiman Hakim, Zahirah MacWilson & Hannah Delisha

Izwan Isa
04/09/2023
00:50 MYT
Sekitar awal Ogos lalu, pelakon Sharnaaz Ahmad dan beberapa rakan selebriti lain di bawah pengurusan Prodigy Syndrome Management mengambil kata putus untuk meninggalkan syarikat berkenaan.
Sharnaaz bersama Aiman Hakim, Zahirah MacWilson dan Hannah Delisha mengumumkan tentang perkhabaran tersebut dalam sela masa yang dekat, sehingga menimbulkan pelbagai tanggapan dan spekulasi mengenai keputusan yang diambil oleh empat sekawan itu.
Namun, untuk mendapatkan lebih penjelasan, Gempak meminta Sharnaaz untuk berkongsi sebab sebenar dia dan rakan-rakan lain meninggalkan Prodigy Syndrome Management tempoh hari.
“Sebenarnya, hal ini terlampau internal untuk kita bincangkan. Sebab bukan kita kenal (pengurusan) sehari dua. Kita kenal lebih 15, 16 tahun. Sebagai artis pertama yang dia uruskan, biarlah kita sesama kita sahaja tahu.
“Kita pun tak nak bocorkan pada sesiapa. Sebab kita sayang dia… macam kakak sendiri. Of course, kita masih berkawan. Tapi, mungkin kita rehatkan dia sebentar. Kalau ada rezeki, mungkin kita boleh sambung balik,” ungkap Sharnaaz.
Sharnaaz ditemui pada majlis pembukaan cawangan kelima kedai frozen yogurt Hello di pusat beli-belah Mahkota Parade, Melaka pada Sabtu lalu.
Tambah pelakon filem Polis Evo 3 itu, keputusan untuk meninggalkan syarikat pengurusan secara serentak dibuat selepas masing-masing duduk berbincang dan meraih kata sepakat.
“Kita memang ada berbincang dan bersepakat untuk keluar bersama. Dan hal ini turut dipersetujui bersama pihak pengurusan. Kita cakap baik-baik. Tiada siapa pun cakap buruk-buruk tentang sesiapa.
“Kita matang dalam uruskan masalah. Dekat situ, insya-Allah takkan ada apa-apa. Sekarang pun hubungan kami sudah baik,” katanya.
Ditanya adakah hal tersebut melibatkan soal wang, jawab Sharnaaz: “Tidak juga.. 15 tahun kan? Sikit tahun ini, sikit tahun itu. Benda tu buat jadi banyak. Sampai satu tahap, kita rehat sekejap (tinggalkan pengurusan).
“Saya ada ditawarkan oleh beberapa pihak untuk uruskan kerjaya saya… tetapi saya tidak akan masuk mana-mana syarikat pengurusan lain. Hubungan saya dengan dia lebih daripada seorang manager dan artis. Dia ibarat kakak saya. Sehinggakan saya ingin bercerai pun saya tanya dia. Saya nak kawan dengan sesiapa pun dia yang akan approve. Begitu rapatnya saya dengan dia.
“Bagi saya, untuk masuk mana-mana syarikat pengurusan… mungkin tidak. Biarlah saya urus kerjaya saya sendiri. Saya dah 38 tahun, bukan susah sangat pun,” tutupnya.
BACA: Sharnaaz Tak Sangka Anak Minat Slipknot​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Ungkit Isu Nafkah RM500, Ini Respons ‘Padu’ Sharnaaz Ahmad - “Jaga Anak Tu Elok-Elok, Jangan Ikut Perangai…”

gempak
09/11/2024
23:55 MYT
Pelakon Sharnaaz Ahmad berkongsi paparan skrin komen netizen yang mengungkit semula isu bayaran nafkah sebanyak RM500 yang pernah diberikan kepada bekas isterinya iaitu usahawan Noor Nabila.
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Tak Setuju Suami Buka Aib Pasangan Depan Anak - “Never! Itu Perbuatan Budak Sekolah”

gempak
16/10/2024
00:30 MYT
Aktor Sharnaaz Ahmad menegaskan seseorang lelaki yang bergelar suami tidak perlu untuk memburukkan bekas isteri di depan anak-anak.
Hiburan

Pernah Lalui Fasa Perceraian, Sharnaaz Ahmad Titip Pesanan Buat Pasangan Dah Berpisah - "Kalau Rasa Tak Boleh Hidup Sama, Baguslah..."

gempak
09/10/2024
12:25 MYT
Pelakon Sharnaaz Ahmad menitipkan pesanan kepada pasangan yang sudah bercerai tidak kira lelaki mahupun wanita agar tidak membuka aib satu sama lain.
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Ucap Birthday Noor Nabila - “I Doakan You Happy Dan Bahagia Dunia Akhirat”

gempak
04/09/2024
02:25 MYT
Perkongsian aktor Sharnaaz Ahmad menjadi perhatian apabila membuat ucapan hari ulang tahun kelahiran kepada bekas isterinya, Noor Nabila, pada Rabu.
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Titip Pesanan Sempena Birthday Jebat, Mahu Anak Hormati Orang Tua - "Macam Semalam Rasanya Baba Dukung Cek"

gempak
30/08/2024
13:55 MYT
Pelakon, Sharnaaz Ahmad menitipkan ucapan menyentuh hati sempena ulang tahun kelahiran keenam anak kesayangannya, Jebat Jayden.
Unitar