Wartawan penyiaran berasal dari Kuala Lumpur, Shaza Bae dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2019.
Shaza, 24, berjaya menumpaskan empat finalis lain iaitu Adriana Ghafar, 21, Nynaa Harizal, 23, Shatirah Amanda, 19 dan Syamira Izzati, 22.
Menerusi kemenangan ini, Shaza membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi.
Tempat kedua dimenangi oleh Adriana Ghafar, manakala Nynaa Harizal pula di tempat ketiga yang masing-masing membawa pulang wang tunai RM7,000 dan RM5,000.
Tempat keempat dan kelima pula memenangi wang tunai RM1,000 yang dimenangi oleh Syamira Izzati dan Shatirah Amanda.
Biarpun tidak berada di kedudukan lima finalis, Sharlina Gilbert memenangi kategori Dewi Kegemaran, manakala Nina Amin pula dinobatkan sebagai Dewi Inspirasi.
Pada malam kemuncak yang berlangsung secara langsung pukul 9 malam tadi, finalis diuji menerusi cabaran video kempen kesedaran dan sesi soal jawab bersama panel juri.
Juri pula terdiri daripada Yusry Abdul Halim dan Scha Al-Yahya selaku juri tetap dan disertai Datuk Aznil Nawawi serta Dr. Soo Wincci sebagai juri undangan.
Rancangan Dewi Remaja akhir dihoskan oleh Amelia Handerson dan Kamal Adli.
Program Pencarian Dewi Remaja edisi terbaru bermula pada 26 Oktober lalu, membabitkan 12 peserta.
Malam kemuncak Dewi Remaja 2019 disiarkan secara langsung pada pukul 9 malam menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Amri Hassan
Sat Dec 14 2019


Janggo - Minggu Akhir | Muzikal Lawak Superstar 2
Fuh. Macam Awie la. Tapi kenapa bengkak sana sini ni? What happen?

Viral - Minggu Akhir | Muzikal Lawak Superstar 2
Selalu sketsa dalam Malaysia je kan. Untuk final ni Viral bawa kita pergi oversea. Tapi semua cakap Melayu. Kat mana ni?

“Mengarut, Boleh Menyebabkan…”- Rebus Mask Nak Buang Cacing, Doktor Tampil Sangkal Dakwaan Tersebut
Doktor Tampil Sangkal Dakwaan Tersebut

BURNOUT! “I’m So Happy Tapi My Brain Won’t Allow Me To Rest” – Hanya Yang Pernah Alami, Akan Faham...
Siapa pernah berdepan situasi ini? Otak tak berhenti berfikir walau dalam keadaan kita tak buat apa-apa? Dapatkan solusi segera sebelum bertambah rumit. Semoga Janna Nick diberi ketenangan.

“Patut Ramai Sayangkan Dia…”- Fasha Sandha Dedah Sikap Alvin Chong Yang…
Fasha Sandha Dedah Sikap Alvin Chong Yang…

Covid-19: Selangor Kembali Rekod Negeri Kes Tertinggi, 8 Kematian Baharu
Selangor turun kejap je semalam

Pilih Jejaka British & Terima Hantaran Sebuah Rumah- Haliza Misbun Akhirnya Berkahwin
Haliza Misbun Akhirnya Berkahwin

Maia Estianty Positif COVID 19 Kali Kedua

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri Terima Suntikan Kedua Vaksin Covid-19
Wah dah terima suntikan kedua!

Serina Nafi Nikah Di Siam, Jelaskan Status Suami: "Berhentilah Buat Fitnah"
Bapanya, Cef Wan mendakwa dia telah menikah di Siam