Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Shaza Bae Pernah Ditawar RM20,000 Untuk ...

Amri Hassan
28/04/2022 04:55 MYT
Hos, pelakon dan Juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae mendedahkan pernah menerima tawaran ganjaran wang berjumlah RM20,000 daripada individu tidak dikenali di media sosialnya.

Tambah Shaza atau nama sebenarnya Shaza Nuriman Mohamad Zamri, 27, tawaran yang diterimanya menerusi kiriman mesej langsung (DM) di Instagram itu berhasrat untuk memberikan wang terbabit dengan syarat bermalam bersama-sama dengannya.

"Kak Lina biasalah, yang ber-DM ni... Ada yang DM saya katanya nak bagi RM20,000. Tapi rasanya bukan saya seorang saja yang terima DM yang sebegini, ramai juga pelakon wanita lain yang dapat macam saya kena.

"Jadi, tak payah nak panjang cerita kita block (sekat) saja akaun sedemikian," katanya ketika diajukan soalan oleh hos rancangan masakan Kelentang Kelentung Pom Pom, Elly Mazlein.

Elly pada mulanya mengajukan soalan 'panas' kepada Shaza ketika kedua-duanya sedang menyediakan hidangan berbuka puasa barbeque grilled chicken dalam salah satu episod rancangan berkenaan.

"Ada orang offer Shaza job tapi hauk job dia, apa cerita tu dik?" soal Kak Lina.

Kelentang Kelentung Pom Pom yang turut membariskan artis popular tempatan seperti Mas Idayu, Shila Amzah, Ajai, Datuk Syafinaz Selamat, Didie Alias, Rozita Che Wan dan ramai lagi telah mula bersiaran pada 3 April setiap Isnin - Khamis pukul 6.30 petang di Astro Ria. Yang mana terlepas tu, korang boleh catch up rancangan ini di On Demand dan Astro Go.

Episod terakhir Kelentang Kelentung Pom Pom Raya akan disiarkan pada 1 Syawal iaitu 3 Mei, Selasa pada pukul 7 malam.



Pendedahan, cara dan kesedaran mengenai sindiket penipuan atau scammer di media sosial seperti yang dilalui oleh Shaza memerlukan lebih kesedaran kepada orang awam terutama golongan wanita agar tidak mudah terjerat.

Atas dasar kesedaran itu juga, drama bersiri Scammer 2 kembali menemui penonton bermula 18 April lalu. Scammer 2 mengangkat isu penunggang agama yang memanipulasi anak-anak tahfiz.

Saksikan drama bersiri Scammer 2 bermula 18 April ini pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11 malam di Astro Ria.

Sementara itu, berkongsi peranannya sebagai individu berpengaruh yang aktif memperjuangkan nasib serta pembelaan terhadap wanita teraniaya, kata Shaza, dia perlu menyebarkan mesej kebaikan untuk melindungi insan yang teraniaya.

"Saya dibesarkan oleh ibu tunggal, jadi saya nampak kesusahan ibu saya untuk membesarkan saya. Sebenarnya mereka yang perlu dibantu, memang pihak berwajib perlu bertindak," tambahnya.

Buktinya, Shaza yang turut membintangi drama popular Nusyuz Berkiblat Cinta sebagai Safiana mewakili suara kepada golongan wanita yang tertindas biarpun setia dan taat kepada suami yang dilakonkan oleh Nadhir Nasar.

Dalam drama terbabit, Safiana menjadi mangsa keganasan rumah tangga, dan seringkali didera dari segi emosi, fizikal dan seksual oleh Erfhan.

A post shared by SHAZA ? (@shazabae_)


Drama ‘Nusyuz Berkiblat Cinta’ ditayangkan pada setiap hari Ahad, jam 9 malam mulai 3 April hingga 15 Mei 2022 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

#Elly Mazlein #pelakon #Instagram #Drama #Kak Lina Pom Pom #Scam #Shaza Bae #Nusyuz Berkiblat Cinta #Scammer 2 #Kelentang Kelentung Pom Pom
;