Pelakon dan ahli gusti profesional The Rock giat berlatih bagi menggalas watak antihero Black Adam dalam filem DC yang terbaru.

Menerusi laman sosial Instagram, The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson, 47, berkongsi beberapa foto momennya berlatih di gimnasium untuk tatapan umum.

“Memulakan tahun 2020 dengan latihan ekstrem untuk watak terbaru sebagai Black Adam. Watak ini ada dalam darah saya. Hierarki kuasa dalam #DCUniverse bakal berubah. Penggambaran akan bermula pada musim panas nanti,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

So it begins. Kickin’ off 2020 training extremely hard for my upcoming role as BLACK ADAM. This one’s in my blood. Thanks to my guys @bosslogic @veliokulan for this bad ass animation. The hierarchy of power in the #DCUniverse is about to change. #NewEra #BlackAdam⚡️ Shooting begins this summer.

A post shared by therock (@therock) on

Membawakan watak Black Adam, seorang antihero bagi watak Shazam, Johnson akan menjadi pencabar kepada adiwira yang turut akan kembali dengan filem sekuelnya, Shazam 2 pada 1 April 2022.

Berkongsi foto animasi dan kostum Black Adam, rata-rata pengikutnya tidak sabar untuk menantikan watak antihero milik DC Universe ini.

“Awak dilahirkan untuk memegang watak ini. Super proud! Enjoy the process bro,” komen seorang pengikut.

“Pastinya akan menjadi antihero terbaik!” kata seorang pengikut.

New era. #dcuniverse #blackadam⚡️ @jonbrandoncruz ? Shooting starts this summer

A post shared by therock (@therock) on

“Francais DC akhirnya ada adiwira/penjahat yang bagus selain Wonder Woman,” puji seorang pengikut.

Filem Black Adam dijangka akan berada di pawagam pada 22 Disember 2021.