Pelakon Nazim Othman akui pernah bersikap spektikal terhadap penerbit dan pelakon Sheila Rusly sebelum menerima tawaran berlakon di bawah syarikat penerbitannya.

Menurut Nazim. walaupun hampir sedekad berada dalam industri seni, tidak pernah sekali pun dirinya berborak dengan Sheila.

"Sebelum bekerja dengan JS Pictures, saya dah dengar macam-macam cerita yang kata Sheila Rusly ni garang macam singa, suara dia pun macam petir time nak ribut.

"Jujurnya, saya pun skeptikal pada awalnya untuk bekerja dengan JS Pictures. Saya tak pernah berborak dengan sis sepanjang sedekad dalam industri, tapi siapa sangka daripada satu komen saya kat gambar masakan sis, saya dipelawa datang ke rumahnya.

"Dia masak untuk saya ok? OMG? Lepas tu baru saya bekerja buat kali pertama dengan JS Pictures untuk telemovie Silang," tulisnya.

Tambah Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman, Sheila bukan seorang yang suka menegur kesilapan orang sesuka hati.

Malah, Nazim berasa selesa bekerja bersama Sheila dan suaminya, Jinggo atau nama sebenarnya Azman Haji Yahya buat kali kedua.

"Ini kali kedua saya berpeluang shooting dengan team JS. Sepanjang pemerhatian saya selama berbulan-bulan bekerjasama untuk drama #cindai yang dah nak habis shooting ni, (mind you, I’m a very observant person) Sheila Rusly langsung tak seaneh cerita-cerita orang.

"Saya tak pernah lagi nampak sis menegur tak bertempat. Saya sendiri selesa bekerja bawah arahan suaminya, @jinggo_jspictures.

"Pada saya, sis hanya mahu yang terbaik, bukan hanya kerana kedudukannya sebagai penerbit, tetapi untuk semua yang terlibat dalam projek yang diselia olehnya.

"Kesempurnaan tidak wujud. Semua yang saya lihat adalah mereka yang sangat mementingkan ketelitian dan mahu yang terbaik untuk semua.

"Ini bukan ayat bodek tau. Ini ikhlas dari lubuk hatiku yang terdalam. Kalau bodek sekalipun bukan dapat apa-apa.

"Tawaran sis pada saya untuk shooting bersama lagi sekali tak lama lagi pun saya tak dapat buat

"Saya cuma mahu menggalakkan semua untuk melihat kelebihan orang lain, bukan kelemahannya. Akhirnya, kita semua hanya manusia," tulisnya lagi.

Selain Nazim, drama Cindai turut dibintangi oleh pelakon Ayda Jebat, Raysha Rizrose, Syazuwan Hassan dan ramai lagi.

Sebelum bekerja dengan JS Pictures, saya dah dengar macam-macam cerita yang kata Sheila Rusly ni garang macam singa, suara dia pun macam petir time nak ribut. Jujurnya, saya pun skeptikal pada awalnya untuk bekerja dengan JS Pictures. Saya tak pernah berborak dengan sis sepanjang sedekad dalam industri, tapi siapa sangka daripada satu komen saya kat gambar masakan sis, saya dipelawa datang ke rumahnya. Dia masak untuk saya ok??? OMG? Lepas tu baru saya bekerja buat kali pertama dengan JS Pictures untuk telemovie Silang. Ini kali kedua saya berpeluang shooting dengan team JS. Sepanjang pemerhatian saya selama berbulan-bulan bekerjasama untuk drama #cindai yang dah nak habis shooting ni, ( mind u, I’m a very observant person ) Sheila Rusly langsung tak seaneh cerita-cerita orang. Saya tak pernah lagi nampak sis menegur tak bertempat. Saya sendiri selesa bekerja bawah arahan suaminya , @jinggo_jspictures . To me sis is just striving for the best, not only for her role as the producer, but also for those who’re involved in her projects too. Perfection doesn’t exist. All I’m seeing is someone who’s detail oriented and only want the best, for everyone. ( Ini bukan ayat bodek tau. Ini ikhlas dari lubuk hatiku yang terdalam. Kalau bodek sekalipun bukan dapat apa-apa. Tawaran sis pada saya untuk shooting bersama lagi sekali tak lama lagi pun saya tak dapat buat . I just want to encourage all of U out there to magnify other people’s strength , not their weaknesses. After all, we’re only humans. ) ? - @aydajebat

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on