Pelakon dan produser terkenal Sheila Rusly mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi masakan enak hasil air tangan menantu kesayangannya, Elisya Sandha.

Menerusi lamab sosial Instagram, Sheila berkongsi menu makan malam yang terdiri daripada lima lauk-pauk bertemakan Thailand untuk tatapan umum.

“Buka puasa sentuhan rasa @elisyasandhaofficial,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen video.

Menerusi perkongsian video berdurasi hampir satu minit itu, Sheila berkongsi menu-menu hidangan Elisya untuk keluarganya yang terdiri daripada tomyam seafood, ayam berempah, ikan goreng tiga rasa, sotong goreng tepung dan telur dadar.

A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures)


Sementara itu di ruangan komen, air tangan Elisya itu mendapat pujian wargamaya dan mereka berpendapat Sheila cukup bertuah mendapat seorang anak menantu yang bukan sahaja cantik malah pandai memasak.

“Untung sis dapat menantu cantik dan pandai masak,” komen seorang wargamaya.

“Untung dapat menantu rajin memasak. Padan sangat dengan mak mertuanya,” puji seorang wargamaya.

“Alhamdulillah, syukur dengan nikmat yang dikurniakan. Menantu yang baik pun nikmat dari Allah. Mertua yang baik dan memahami juga nikmat terindah,” luah seorang wargamaya.

“Berbuka lauk camni, hari-hari nak puasa jugak lah,” usik seorang wargamaya.

“Bertuah sis dapat menantu cantik pandai masak. Tengok pun tau masakan dia ikhlas untuk sis sekeluarga. Alhamdulillah menantu yang baik rezeki buat sis dan keluarga,” kata seorang wargamaya.

“Masyallah tak payah makan kat kedai dah, makan kat rumah lagi sedap dan puas hati. Semua pandai masak,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 300,000 tontonan daripada pengikutnya.

Sekadar info, Elisya, 21, sah bergelar isteri kepada anak Sheila Rusly, Uzair Haqimy, 25, dalam upacara akad nikah yang berlangsung di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada 21 Ogos yang lalu.