Shenty Feliziana Selamat Bernikah Dengan Pelakon Indonesia

Kamaruddin Razal
April 13, 2018 14:22 MYT
Pelakon dan bekas pengacara HLive, Shenty Feliziana selamat bernikah dengan pelakon Indonesia, Reuben Elishama sekitar jam 4 petang tadi.
Shenty atau nama sebenarnya, Shenty Feliziana Sudirman, 29, diijab kabulkan dengan Reuben dalam sebuah majlis indah yang diadakan di Villa Halia Botanic Gardens, Singapura.
Sedondon mengenakan busana serba putih, Reuben menghadiahkan mas kahwin yang diberikan berupa satu set barang kemas kepada Shenty.
Reuben dan Shenty yang aktif berlakon di Malaysia mula berkenalan sebagai rakan pelakon ketika menjalani penggambaran siri Dosa pada Jun tahun lalu.
Hubungan mereka mula berputik sejurus selepas penggambaran tersebut tamat lalu Shenty dan Reuben menjalin ikatan cinta.
Mengadakan majlis merisik pada November tahun lalu, Shenty bakal menetap di Indonesia selepas berkahwin.
Reuben, 40, merupakan seorang duda yang mempunyai anak berusia 17 tahun dan
Antara rakan selebriti yang hadir ke majlis perkahwinan Shenty adalah Nina Nadira, Shalma Aina dan Syamim Farid.
Majlis resepsi pengantin perempuan akan diadakan esok sementara majlis sebelah lelaki pula dijangka berlangsung di Bali, Indonesia pada penghujung April.
Foto: Instagram @mediacorp_suria
#pelakon #Pelakon #Shenty Feliziana