Hiburan
Sherie Merlis Tak Selesa Dikaitkan Bercinta Dengan Hasnul Rahmat - "Saya Rasa Tak Adil, Lebih Baik..."
Pelakon Sherie Merlis menafikan dakwaan dia dan pelakon Hasnul Rahmat dalam fasa bercinta.
Jelas pelakon wanita itu, jalinan akrab yang dilihat ramai itu tidak lebih daripada sekadar hubungan baik sebagai sahabat dalam industri yang sama.
Pemilik nama sebenar Sharifah Saadah Wan Zainal Kassim, 53, juga memberitahu, Hasnul merupakan seorang teman dan sahabat yang begitu memahami serta sentiasa menyokong dirinya dalam apa jua keadaan.
BERITA BERKAITAN: Dikutuk Seperti ‘Mat Ketum’, Firdaus Rahmat Akui Kerap Terima Komen Netizen ‘Face Shaming’ - “Ada Yang Kata Muka Saya Huduh, Bibir Besar”
BERITA BERKAITAN: The Chosen One 2024: Akhil Mikhail Raih Kedudukan Pertama & Baiq Balqis Tersingkir Di Minggu Suku Akhir
"Saya dan Hasnul jujur saya katakan kami hanya kawan. Berkawan baik. Hasnul ini saya anggap dia merupakan sahabat terbaik yang pernah saya kenali.
"Kami saling memberikan sokongan terhadap satu sama lain. Saya rasa sesiapa pun yang jumpa atau mempunya sahabat yang dia selesa dan sentiasa ada dengan kita pasti hubungan itu akan bertahan lama," katanya ketika ditemui di Malam Gala Bisikan Dosa pada Isnin.
Kata Sherie juga, persahabatan antara dia dan Hasnul bukan baru terjalin malah hubungan persahabatan itu bermula sejak dia belum mendirikan rumah tangga lagi.
"Saya dan dia ( Hasnul) sudah kenal sejak sebelum saya berkahwin lagi dan ketika itu memang kami sudah berkawan baik," ringkasnya.
Sherie turut akui, dia juga kurang selesa apabila ada andaian menyatakan mereka berdua sedang bercinta.
"Terus terang saya kata saya kurang senang bila ramai sangat buat andaian sebegini.
"Saya rasa tidak adil untuk saya seorang sahaja menjawab soalan ini, lebih baik ditanyakan sekali kepada tuan punya badan ( Hasnul).
"Tapi apa saya boleh katakan memang saya hargai dan selesa ada sahabat sepertinya," katanya.
Terdahulu, Sherie pernah berkahwin dengan pelakon Esma Daniel pada 1992 namun bercerai lima tahun selepas mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Habib Daniel, 30, dan Harith Daniel, 29.
Dia kemudiannya bernikah dengan penerbit muzik Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd. Shahid atau lebih dikenali sebagai Ash pada 2 Januari 2012.
Bagaimanapun, mereka didakwa sudah berpisah pada Disember 2023 selepas Ash memuat naik hantaran memberitahu dia kini bergelar bapa tunggal.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tengku Kaseh Anaqah, 13, dan Tengku Areef Bolkiah As Syafiee, 11.
Sejak itu, nama Sherie dan Hasnul sering dikaitkan bersama kerana kerap dilihat keluar berdua sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi tentang status hubungan mereka.
Must-Watch Video