,
The Chosen One Musim 2

The Chosen One 2024: Akhil Mikhail Raih Kedudukan Pertama & Baiq Balqis Tersingkir Di Minggu Suku Akhir

Ainun
25/10/2024
18:55 MYT
The Chosen One 2024 minggu ke enam telah menyaksikan lima peserta layak ke minggu yang separuh akhir.

Akhil Mikhail x Tomok rampas kedudukan Kiki Fateeha

Untuk minggu suku akhir ini, menampakkan Akhil Mikhail berjaya merampas kedudukan pertama dari Kiki Fateeha pada minggu lepas.
Dengan membawa lagu rock yang diselitkan elemen dikir barat, Akar dan Bumi nyanyian Bandi Amuk, persembahan Akhil berjaya mencuri perhatian para juri.
Menurut ketua juri, Datuk Awie meluahkan rasa kagumnya terhadap penyampaian dan susunan melodi lagu yang dinyanyikan oleh Akhil, yang membuatkan dirinya berasa ingin terus mendengar persembahan tersebut memandangkan lagu asalnya jarang didengari.

“Tahniah Akhil kerana menyanyikan lagu dari Bandi Amuk. Bagi saya lagu ini sangat jarang orang luar nak dengar tapi ianya berubah menjadi genre yang orang mahu dengarkan.

“Jadi, disebabkan awak menyanyikan lagu ini dengan susunan lagu yang hebat menjadikan saya mahu mendengarnya,” katanya.
Selain dari itu, Kiki Fateeha yang membawa lagu Gemuruh turut membuatkan dia berada di kedudukan yang kedua pada minggu suku akhir ini.
Walau bagaimanapun, Kiki terus mendapat pujian dari Jaclyn Victor yang menyatakan bahawa dia kagum dengan semangat yang ditonjolkan dalam pertandingan ini.
“Saya tidak tahu mahu mengulas apa tentang persemabahan awak. Saya memang kagum dengan awak. Semua lagu yang awak nyanyikan semuanya hebat tapi kali ini ada kelainan.
“Saya rasa genre rock ini memang sesuai dengan awak. Apa yang saya boleh katakan adalah awak faham ini adalah satu pertandingan dan awak tahu bagaimana mahu lakukan yang terbaik,” jelasnya.
Juri jemputan, Datuk Rosyam Nor, turut memuji Kiki Fateeha, yang disifatkannya sebagai seorang yang sangat berani dan mempunyai keyakinan tinggi ketika membuat persembahan dalam pertandingan The Chosen One 2024.
“Saya rasa dengan umur awak yang sudah 13 tahun ini mampu melakukan persembahan dengan penuh keyakinan, memang cukup hebat!
“Jadi, saya harap awak akan terus melakukan persembahan yang cukup keyakinan seperti ini dan saya nampak awak tidak takut ketika menyampaikan lagu ini. Jadi, tahniah saya ucapkan kepada awak,” ulas Datuk Rosyam Nor.
Seterusnya, dengan membawa lagu Seroja yang berjaya mencuri perhatian juri, Eriq Fikri turut menempatkan diri di kedudukan yang ketiga pada minggu suku akhir ini.
Jelas Jaclyn, persembahan Eriq minggu ini menonjolkan dirinya yang sebenar, di mana Eriq menyanyikan lagu tersebut dengan penuh penghayatan, dan susunan melodi lagu itu menjadikan persembahannya begitu menarik.
“Saya suka persembahan Eriq kali ini. Apa yang saya boleh katakan adalah, saya betul-betul boleh dengar awak menyanyi lagu ini dengan penuh jiwa, saya juga dengar tone suara awak yang sangat hebat.
“Saya rasa serak suara awak datang dengan secara semula jadi. Saya suka susunan melodi lagu baru. Saya sangat suka dengan persembahan awak,” komennya.
Pada masa yang sama mentee kepada coach Firdaus dan Fahimi Rahmat, Azry Sabri berjaya menjuarai Persembahan Terbaik di Minggu Kelima Gempak Era The Chosen One Of The Week.

Baiq Balqis Tersingkir

Walau bagaimanapun, pada minggu keenam ini, Baiq Balqis tersingkir setelah tiga minggu berturut-turut berada di kedudukan terendah. Nasib tidak menyebelahi Baiq kali ini, menyebabkan dia terpaksa meninggalkan pertandingan tersebut.
Pada masa yang sama, jurulatih Amir Jahari turut mengucapkan terima kasih kepada para juri dan jurulatih lain serta memberi nasihat kepada Baiq Balqis untuk meneruskan perjuangannya dalam bidang nyanyian pada masa hadapan.
“Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua coaches kerana kami sudah banyak mempelajari sesuatu baru di sini.
“Saya pasti ini bukalah pengakhiran buat Baiq Balqis. Insya Allah di masa yang akan datang kita akan cuba sekali lagi! serta para juri yang sentiasa berikan komen terbaik terhadap Baiq Balqis,” ucapnya.
Selain itu, Baiq Balqis turut memberikan ucapan buat coachnya, Amir Jahari serta rakan sepejuangannya yang bakal bertarung di separuh akhir The Chosen One 2024.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Abang Amir Jahari kerana tidak pernah putus asa mendidik saya walaupun ada masa-masa sukar.
Terima kasih juga kepada rakan-rakan, coaches, dan juri-juri yang berada di sini. Saya banyak belajar perkara baru sepanjang berada di sini,” katanya.

Anugerah Gempak ERA The Chosen One Of The Week

Para penonton kini boleh mengundi persembahan kegemaran pada setiap minggu sejurus selepas The Chosen One 2024 tamat melalui laman web www.thechosenone.com.my.
Peserta dan coach yang menerima undian tertinggi akan memenangi anugerah ‘Gempak ERA The Chosen One Of The Week’, yang akan diumumkan di platform media sosial Astro Gempak dan Astro Ceria.
The Chosen One 2024: Evolusi Bintang Baharu akan bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611) dan Astro Ria (saluran 104).

Astro Baharu, Tak Macam Dulu

‘The Chosen One 2024’ musim kedua turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan www.sooka.my untuk pilihan yang fleksibel.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan.
Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Kurang Senang Adira Pilih Berguru Dengan Andika - “Please Tukar Coach, Alahai Kenapalah Dengan Mamat Whiteboard Ni Juga”

gempak
22/10/2024
07:55 MYT
Penyanyi, Adira Suhaimi menjadi perhatian selepas berkongsi video pendek merakamkan dirinya sedang menimba ilmu dengan pempengaruh kontroversi, Andika Putera.
Hiburan

Datuk Red Mahu Tunaikan Hasrat Adira, Bakal Adakan Majlis Kahwin Jika Ada Jodoh - “Hari Itu Nikah Sorok, Takkan Kali Ini Nak Juga?"

gempak
20/10/2024
09:55 MYT
Usahawan Datuk Red mendedahkan bekas isterinya iaitu Adira pernah meluahkan hasrat untuk mengadakan majlis perkahwinan sekiranya mereka dipertemukan jodoh kembali.
Hiburan

Stacy Umum Tak Terlibat Konsert Sumandak Stars, Peminat Luah Rasa Kecewa - “Jujur Cakap Beli Tiket Untuk Tengok Stacy Je”

gempak
19/10/2024
00:50 MYT
Penyanyi Stacy tidak akan terlibat dalam konsert A Night With Sumandak Stars Ceritera Hatiku yang akan berlangsung pada November depan.
the-chosen-one-musim-2

The Chosen One 2024: Tiada Penyingkiran Minggu Kelima! Kiki Fateeha Kekal Tangga Pertama, Datuk Awie Komen - "Pitching Suara Awak Tak Goyah"

gempak
18/10/2024
15:58 MYT
The Chosen One 2024 minggu kelima telah menyaksikan kesemua peserta layak ke minggu yang seterusnya.
Hiburan

Adira Jawab Dakwaan Bersekedudukan Dengan Datuk Red Gara-Gara Sering Live Bersama – “Status Saya Masih Lagi Ibu Tunggal”

gempak
16/10/2024
02:45 MYT
Penyanyi Adira Suhaimi tampil menjelaskan dakwaan dia dan bekas suami iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red tinggal serumah biarpun dudah berpisah.
Dun Dukun