Filem aksi terhebat karya pengarah, Syafiq Yusof Sheriff kini sudah meraih kutipan RM55 juta!

Kutipan itu sekaligus membuktikan filem terbitan Skop Productions dan Astro Shaw ini terus mendominasi pawagam-pawagam seluruh negara.

Demam Sheriff, Kutipan RM55 Juta


Berita gembira itu dimaklumkan menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram Astro Shaw pada Sabtu.

“Alhamdulillah, terima kasih semua! Sheriff, filem No1 Malaysia 2024 telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM55 juta.

“Sokongan korang yang padu untuk fenomena #DemamSheriff mampu pecahkan panggung! Jom teruskan sokong filem Sheriff!“ maklum kenyataan itu.

BERITA TRENDING: Sheriff: “Selepas Lebih 10 Filem, Dapat Juga Merasa Trending” - Shafiq Yusof

Karya luar biasa Syafiq Yusof


Dalam pada itu, boleh dikatakan semua penonton yang menonton filem lakonan, Zul Ariffin, Syafiq Kyle dan Datuk Aaron Aziz ini menyatakan rasa berpuas hati dengan pemilihan pelakon.

Malah, dua lagi karakter yang dilakonkan oleh Azira Shafinaz dan Elizabeth Tan juga turut mendapat pujian penonton.

Bukan itu sahaja, penonton juga memuji karya luar biasa Syafiq ini yang turut dianggap sudah mencapai ke tahap antarabangsa.

Ternyata #DemamSheriff telah mencetuskan fenomena baru dalam industri perfileman tempatan.

BERITA TRENDING: SHERIFF: Raih RM35.3 Juta, Filem Arahan Syafiq Yusof Ini Kini Filem No. 1 Dengan Kutipan Tertinggi Tahun 2024

Sinopsis:

Sheriff menampilkan watak Nazri (Syafiq Kyle) iaitu seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah Tony Ifrit semakin berleluasa.

Nazri berasa terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana Tony sering terlepas dari cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman.

Dalam masa yang sama, Sheriff (Zul Ariffin), seorang anggota daripada jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes 'Meth Killer' dan dia ditugaskan bersama.