Filem aksi terhebat karya pengarah, Syafiq Yusof Sheriff kini sudah meraih kutipan RM60.5 juta!

Kutipan itu sekaligus membuktikan filem terbitan Skop Productions dan Astro Shaw ini kekal mendominasi pawagam-pawagam seluruh negara.

Netizen setuju, layak pecah panggung


Berita gembira itu dimaklumkan menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram Astro Shaw pada Ahad.


“Alhamdulillah, filem Sheriff telah mendominasi pawagam di Malaysia dengan kutipan RM60.5 juta.


“Terima kasih buat semua yang telah menyokong filem nombor satu Malaysia 2024. #DemamSheriff dah mampu pecahkan panggung!” maklum kenyataan itu.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)


BERITA TRENDING: #Sheriff: “Selepas Lebih 10 Filem, Dapat Juga Merasa Trending” - Syafiq Yusof



Dalam pada itu, boleh dikatakan semua penonton yang menonton filem lakonan, Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz dan Elizabeth Tan ini menyatakan rasa berpuas hati dengan kualiti naskhah tersebut.

Bukan itu sahaja, penonton juga memuji karya luar biasa Syafiq ini yang turut dianggap sudah mencapai ke tahap antarabangsa.

Ternyata #DemamSheriff telah mencetuskan fenomena baru dalam industri perfileman tempatan.


BERITA TRENDING: SHERIFF: Raih RM35.3 Juta, Filem Arahan Syafiq Yusof Ini Kini Filem No. 1 Dengan Kutipan Tertinggi Tahun 2024


Sinopsis:
Sheriff menampilkan watak Nazri (Syafiq Kyle) iaitu seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah Tony Ifrit semakin berleluasa.

Nazri berasa terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana Tony sering terlepas dari cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman.

Dalam masa yang sama, Sheriff (Zul Ariffin), seorang anggota daripada jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes 'Meth Killer' dan dia ditugaskan bersama.