Sherry Ibrahim Enggan Guna Cara Viral Untuk Lakukan Produk

Kamaruddin Razal
April 18, 2018 11:01 MYT
Pelakon dan penyanyi Sherry Ibrahim mengakui tidak berminat untuk menggunakan teknik viral bagi menjual produknya.
Sherry atau nama sebenarnya, Syarizad Ibrahim, 35, percaya kepada cara pemasaran yang tersendiri dan enggan melakukan publisiti murahan untuk melariskan produknya.
"Saya percaya dengan dengan strategi pemasaran yang saya lakukan sekarang. Saya akui, pada masa ini ramai orang yang menggunakan teknik viral. Itu pendapat masing-masing.
"Bagi saya, cukup dengan kualiti produk yang baik dan cara pemasaran yang betul. Jika kita buat sesuatu dengan baik, pastinya pulangan yang datang semula akan menjadi baik. Insya-Allah," kata Sherry kepada Astro Gempak.
Melancarkan koleksi hijab jenama sendiri, Sherry Scarves, pelakon drama bersiri Teduhan Kasih ini melakukan pendekatan turun padang sebagai salah satu cara pemasaran.
"Saya memulakan bisnes ini bermula dari bawah. Jadi, saya mahu memuaskan hati pelanggan dan peminat yang mendapatkan jenama tudung saya.
"Saya tak mahu menjalankan perniagaan ibarat melepaskan batuk di tangga sahaja. Selain itu, saya juga akan kerap turun padang untuk mempromosikan sendiri koleksi hijab saya," katanya yang ditemui di majlis pelancaran Sherry Scarves di Mercu Mustapha Kamal, Damansara Perdana sebentar tadi.
Baru sahaja muncul dalam drama bersiri Syurga Yang Kedua yang bersiaran di Astro Prima, Sherry bakal memasuki set penggambaran sebuah drama bersiri terbaru tidak lama lagi.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Kamaruddin Razal & Instagram Sherry
#pelakon #Sherry Ibrahim #Pelakon