Hiburan

Shiha Zikir Ajak Orang Ramai Lawan Dugaan Ramadan Dengan Kuasa Senyuman

gempak
Kamaruddin Razal
18/04/2020
11:44 MYT
Sponsor Banner
Shiha Zikir Ajak Orang Ramai Lawan Dugaan Ramadan Dengan Kuasa Senyuman
"Nak lawan dugaan Ramadan? Senyum jom!" begitulah saranan penyanyi Shiha Zikir kepada semua pihak yang sedang bersiap sedia menyambut kehadiran bulan Ramadan tidak lama lagi.
Kedatangan bulan puasa yang bakal menjelang tiba pastinya memberikan impak berbeza tahun ini.
Masakan tidak, kita bakal menyambutnya serba sederhana kerana masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bermula 18 Mac lalu.
Mungkin dugaan yang bakal ditempuhi pada bulan Ramadan tahun ini ialah ada yang bakal menyambutnya bersendirian tanpa kehadiran keluarga tercinta.
Tapi, perkara tersebut boleh diatasi dengan sifat kesabaran dan sentiasa mengukir senyuman kerana jarak yang memisahkan hari ini adalah untuk kesejahteraan masa hadapan.
Shiha merupakan satu antara tujuh personaliti popular tanah air yang menjadi duta ‘Indahkan Senyuman, Eratkan Jalinan’ bersempena kempen Ramadan Raya 2020 bersama Astro.
Selain Shiha, personaliti lain yang menjadi duta kempen ini ialah Nabil Ahmad, Ernie Zakri, Hael Husaini, Sherry Alhadad, Ben Amir dan Chubb-E.
Kehadiran ketujuh-tujuh mereka ini adalah sebagai pemangkin kepada kempen Ramadan Raya Astro 2020, bertujuan untuk membawakan senyuman menerusi pengacaraan, lakonan, persembahan serta pembabitan mereka secara amnya kepada penonton.
Ia secara tidak langsung merapatkan jurang serta mengeratkan jalinan di antara rakyat Malaysia.
Jangan lupa untuk terus bersama dengan program-program menarik di pelbagai platform Astro sepanjang Ramadan dan Syawal, bermula 14 April sehingga 30 Jun ini!
Untuk lebih informasi, layari laman web www.astroraya.com.my!
Jarak akan menguatkan kita, untuk esok yang lebih bermakna.
Indahkan senyuman, eratkan jalinan dan terus setia bersama kami di Astro!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live