Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”

Mya Amri
20/04/2024 06:57 MYT
Penyanyi, Shiha Zikir meluahkan rasa terkilan dengan sikap sesetengah pihak yang gemar bertanyakan soalan sensitif tanpa memikirkan perasaan orang lain terutamanya mengenai jodoh.

Shiha meluahkan isi hatinya itu menerusi satu video pendek yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya.

Soalan tentang jodoh dan perkahwinan

Menurut Shiha, soalan mengenai jodoh sepatutnya tidak ditanya secara berulang kali memandangkan ia merupakan topik sensitif bagi sesetengah individu.

Lebih-lebih lagi apabila perkara itu berkemungkinan melibatkan tentang trauma atau kisah pahit yang pernah dialami oleh seseorang individu.

Saya nak korang jangan normalise kan soalan-soalan yang contohnya macam ‘bila nak kahwin’, bila dah berkahwin ‘bila nak ada anak’. Bila dah ada anak ‘bila nak tambah anak’.

“Faham kadang-kadang pertanyaan itu untuk bermesra, tapi kalau soalan sampai dah mendesak sungguh-sungguh suruh kahwin boleh tak jangan normalise kan benda ni?

“Kadang-kadang korang tak tahu apa benda yang seseorang tu tengah hadap. Mungkin dia dah usaha sehabis baik. Tapi ada sahaja benda yang menghalang,” ujarnya.

undefined

Jangan beri tekanan melampau

Dalam perkongsian yang sama, Shiha juga menasihatkan tiada keperluan mengajukan soalan sensitif kerana setiap orang memiliki tahap mental yang berbeza untuk menerima sesuatu pertanyaan.

“Saya terima banyak DM yang kongsikan cerita-cerita macam ini. Kesian tau pada yang selalu bertanya.

“Jangan sesekali anggap soalan macam ni soalan yang remeh sebab seriously soalan begini kadang mengganggu tahap kesihatan mental seseorang.

“Jangan mendesak… Jangan beri tekanan melampau pada seseorang... Tegurlah dengan penuh hikmah. Semua yang jadi pasti ada hikmah kan.

“Jodoh rezeki semua Allah SWT dah tetapkan dalam waktu yang sangat tepat. Yang penting berusaha. Bagi saya, kita doakan sahaja yang terbaik untuk semua orang. Okay?” tulisnya.

BERITA TRENDING: Isu Duit Raya RM3, Ini Nasihat Uyaina Arshad - “Dapat 10 Sen Sekali Pun Bersyukurlah, Duit Raya Diberi Ikut Kemampuan..."

BERITA TRENDING: "Duit Raya Seringgit Ke, Seratus Ringgit Ke, Enjoy Je Lah!" - Diana Danielle

BERITA TRENDING: Nabila Razali Dah Ada Jawapan Untuk Soalan Zuriat Di Hari Raya - “Kalau Ada Orang Bertanya, Itulah…”

Terdahulu, selain isu duit raya, pertanyaan mengenai jodoh dan anak juga merupakan antara topik terhangat raya tahun ini.

#Shiha Zikir #Raya #Jodoh #Raya 2024 #Soalan Sensitif
;