Hiburan

"Duit Raya Seringgit Ke, Seratus Ringgit Ke, Enjoy Je Lah!" - Diana Danielle

gempak
Amri Hassan
14/04/2024
09:03 MYT
Sponsor Banner
"Duit Raya Seringgit Ke, Seratus Ringgit Ke, Enjoy Je Lah!" - Diana Danielle
Pelakon jelita Diana Danielle menasihati orang ramai agar tidak menjadikan pemberian duit raya sebagai satu kewajipan sebaliknya menerimanya sebagai sebahagian daripada sedekah seikhlas hati.
Jelas Diana, sepatutnya individu yang menerima pemberian duit raya bersyukur dengan apa saja nilai yang diberi oleh sesiapa sahaja.
"Sekarang ni orang tak faham ke duit raya tu bukan wajib tapi ia sebagai sebahagian daripada cara bersedekah yang ikut keikhlasan dan kemampuan seseorang itu.
"Seringgit ke seratus ringgit ke enjoy je lah the festive gesture, nak rasa entitled and judge sangat dah kenapa?
"Sampai kata kalau banyak ni baik takayah bagi, apa ingat nafkah ke?" kongsi luahan Diana menerusi hantaran di X.
Akui Diana, dia bersyukur apabila masih menerima duit raya biarpun nilainya tidak seberapa.
"Lekla I pun dapat RM10 dari my uncle haritu wah rasa berbunga nyaaa lama tak dapat duit raya haha.
"Enjoy paham enjoy? Ni keje tak puas hati je manjang," tambahnya.

BERITA TRENDING: “Saya Tak Benarkan Diana Buat Bariatrik” - Farid Kamil

PILIHAN PEMBACA: Pelajar Dapat Markah 7/60 Dalam Kertas Exam Bahasa Melayu Dihencap Netizen, Diana Danielle Beri Cadangan!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024