Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Shikin Maembong Menangis, Terkilan Barang Niaga Dipulangkan Dalam Keadaan Teruk - “Niat Nak Bantu Orang Susah, Ini Balasannya…”

Firdaus
11/10/2024 04:57 MYT
Isteri kepada penyanyi dan komposer Cat Farish, Shikin Maembong, tidak dapat menahan sebak apabila barang meniaga yang dipinjamkan kepada salah seorang ejen dibalas dengan pengkhianatan.

Niat Baik Dibalas Buruk

Menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram, Shikin mendakwa kesemua peralatan yang dipinjam dipulangkan dalam keadaan tidak baik.

“Kami dikhianat. Niat nak bantu orang konon susah, ini balasannya...

“Kami dikhianat. Niat nak bantu orang konon susah, ini balasannya. Maaf, bila sesuatu yang melibatkan cekopishq , saya memang emosi sebab orang tak tahu betapa susahnya saya kumpul duit, ikat perut beli barang satu per satu untuk niaga.

“Setiap barang ada sentimental value bagi saya dan suami,” tulisnya.

A post shared by Shikin Maembong (@shikin_maembong)


Dalam pada itu, Shikin bagaimanapun memaafkan tindakan yang dilakukan individu tersebut dan percaya Allah sentiasa bersamanya meskipun niat untuk membantu dan berkongsi rezeki dengan orang lain telah disalahgunakan.

BERITA TRENDING: Sah Cerai & Habis Iddah, Netizen Puji Emma Maembong - “Lagi Elok Macam Ni, Tak Perlu Buka Aib Pasangan”

​BERITA TRENDING: “Bercerai Tidak Semestinya Perlu Bermusuh”- Hubungan Emma Maembong & Bekas Suami Baik

​BERITA TRENDING: Emma Maembong Sahkan Sudah Bercerai - “Saya Sebolehnya Nak Tutup Kisah Peribadi…”

BERITA TRENDING: "Jangan Risau..." - Mata Bengkak Kemerahan, Anak Sulung Emma Maembong Alami Alergi Kucing

“Kami maafkan yang meminta maaf tapi kami takkan lupakan siapa yang khianat kami. Saya percaya ujian Allah ni nak gantikan kami dengan rezeki yang lagi besar.

“Doakan saya kuat, dan murah rezeki untuk mula niaga esok dekat Havoc Food Festival pandan indah. Bismillah,” tulisnya lagi.

#Viral #Cat Farish #Berniaga #hiburan #Shikin Maembong
;