Hiburan

“Bercerai Tidak Semestinya Perlu Bermusuh”- Hubungan Emma Maembong & Bekas Suami Baik

gempak
Mya Amri
07/10/2024
23:41 MYT
Sponsor Banner
“Bercerai Tidak Semestinya Perlu Bermusuh”- Hubungan Emma Maembong & Bekas Suami Baik
Pelakon, Emma Maembong memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung penceraiannya dengan bekas suami iaitu Muhammad Shazli Azhar.

Hubungan dengan bekas suami baik

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 32, berharap kisah berkenaan hal rumah tangganya itu tidak lagi diperdebatkan.
Malah kata Emma, kesihatan mental anak-anaknya lebih penting daripada segalanya.
“Terima kasih atas doa yang baik-baik daripada anda semua. Bagaimanapun jodoh kami buat masa ini sampai di sini sahaja.
“Jika diikutkan, kami tidak mahu mengumumkan mengenai perceraian ini kerana tidak mahu memanjangkan isu.

“Namun bagi mengelakkan sebarang fitnah, kami sama-sama bersetuju untuk memaklumkan perceraian ini.

“Kami berharap semua pihak tidak memanjangkan berita perceraian ini dan tidak mereka-reka cerita yang tidak benar.

“Memandangkan hubungan kami baik-baik sahaja. Apatah lagi, kesihatan mental anak-anak adalah keutamaan kami sebagai ibu bapa,” maklum Emma menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Bercerai tak semestinya perlu bermusuh

Dalam hantaran yang sama, Emma juga memohon agar dia dan Shazli diberi ruang untuk fokus dalam membesarkan dua cahaya mata mereka.

“Bercerai tidak semestinya perlu bermusuh dan bukanlah penamat segalanya. Ajal, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT.

“Kita hanya mampu merancang tetapi Allah adalah perancang terbaik. Sekali lagi, kami berdua memohon diberikan ruang privasi untuk kami membesarkan kedua-dua anak lelaki kami dengan baik.

“Terima kasih kerana memahami situasi dan keadaan kami. Mohon doakan yang terbaik buat kami sekeluarga,” tulisnya.
Terdahulu, pada Isnin, Emma mendedahkan dirinya dan suami sudah bercerai secara baik.
Emma memaklumkan dia sudah melalui tempoh idah dan memilih untuk merahsiakan berita penceraian mereka kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Emma Maembong Sahkan Sudah Bercerai - “Saya Sebolehnya Nak Tutup Kisah Peribadi…”

ARTIKEL BERKAITAN:Emma Maembong Kongsi Pengalaman Kena Rasuk, Dakwa Disantau Peminat Melalui Gambar - “Saya Terus Meracau, Mengilai, Muka Basah & Menjerit”

ARTIKEL BERKAITAN:Dituduh Terlibat Aktiviti ‘Swinger’, Ini Jawapan Emma Maembong - “Saya Anggap Dakwaan Itu Hanya…”

ARTIKEL BERKAITAN:Tak Sentuh Nasi Gara-Gara Nak Turunkan Berat, Emma Maembong Akui ‘Crancky’ Sebab Tahan Lapar – “Bukan Mudah…”

ARTIKEL BERKAITAN:Emma Maembong ‘Angkut’ Suami & Anak Ke Tempat Kerja - “Saya Rasa Gembira Untuk…”

Untuk rekod, Emma mendirikan rumah tangga dengan Shazli pada 20 Februari 2020.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Shariq Gabriel, 4, dan Shakil Aryan Shah yang kini berusia setahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024