Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Shila Amzah Anggap ‘Abuser’ Takkan Berubah, Selamanya Akan Jadi Kaki Pukul - “Waktu Baik Dia Akan Layan Seperti Princess, Datang Gila…”

Asyikin Mayudin 07/12/2024 | 02:25 MYT
Penyanyi Shila Amzah menganggap ‘abuser’ atau pendera tidak akan insaf dengan perbuatan mereka malah akan mengulangi perkara yang sama.

Kaki pukul

Shila berharap wanita mengalami situasi sama tidak berfikir panjang untuk larikan diri daripada lelaki kaki pukul terutama yang belum berkahwin.

“Saya sudah cakap benda ini banyak kali, pendera takkan berubah. Orang yang kaki pukul ni takkan berubah, sama ada muka handsome/tak handsome.

“Jangan biarkan anda dikaburi oleh fizikal mereka. Terutamanya kalau anda tahu dia pernah ada sejarah dengan bekas-bekasnya, pukul dan maki sebagai makanan harian.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Gambar Mata Lebam, Shila Amzah Dedah ‘Penang’ Pernah Buat Dirinya Trauma - “Ubai Tahu Segala-Galanya…”

ARTIKEL BERKAITAN: Harga Mikrofon Pertama Shila Amzah Sama Seperti Beli Kereta Malaysia - “Macam Inilah, Mungkin Boleh Dapat…”

“Mahupun semasa masih belum berkahwin dan sekadar sebagai teman lelaki. Lari,” kongsi Shila menerusi Instastory miliknya.

Pergunakan mangsa

Pada perkongsian yang sama, Shila turut berkata pendera akan memastikan mangsanya bergantung harap kepadanya.

“Ada segelintir akan bertahan dengan pendera sebab selalu ingat tak ada jalan keluar. Dan pendera ini pandai, dia akan buat anda buang semua kawan-kawan anda.

“Dan akan pastikan anda bergantung 100 peratus padanya. Lagi bila kononnya dia ‘sedar’ perbuatan dia salah, dia akan melutut minta maaf kat anda sampai menangis.

“Macam filem hindustan itu. Waktu baik, dia akan layan anda konon seperti puteri, datang saja gila dia… itu waktu bila dia akan dera anda fizikal dan mental lagi. Kitaran berjalan dan seterusnya,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Mengaku Tidak Bersalah Cederakan Zahnita Wilson

ARTIKEL BERKAITAN: 13 Tahun Hidup Terseksa, Zahnita Wilson Mahu Keluar Dari Detik Hitam - “Saya Rasa Seperti Hamba…”

Shila berkongsi perkara itu dengan memuat naik video temu bual pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson yang mendedahkan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Pada Oktober lalu, Shila memuat naik foto memperlihatkan matanya lebam bagi menjawab persoalan netizen mengenai punca trauma yang dihadapinya.

#Shila Amzah #Rumah tangga #Zahnita Wilson #Zahnita #Mangsa #Mangsa keganasan rumah tangga #Mangsa Dera #Abuser #Pendera
;