Hiburan

Isu Penderaan Dipandang Remeh, Shila Amzah; “Ini Bukan Tentang Jantina, Lelaki Atau Perempuan…”

gempak
Asyikin Mayudin
31/10/2024
06:25 MYT
Sponsor Banner
Isu Penderaan Dipandang Remeh, Shila Amzah; “Ini Bukan Tentang Jantina, Lelaki Atau Perempuan…”
Penyanyi Shila Amzah menjelaskan perkongsiannya mengenai masalah trauma yang pernah dihadapinya hanya untuk memberi kesedaran kepada orang yang mengalami penderaan sebelum berkahwin.

Beri kesedaran

Menerusi platform Thread, Shila menasihati agar sesiapa yang terperangkap dalam perhubungan toksik tersebut segera meninggalkan pasangan mereka sebelum perkara yang lebih buruk berlaku.

“Saya kongsikan kisah saya, untuk memberi galakan kepada mereka yang pernah mengalami penderaan daripada pasangan sebelum berkahwin, agar menjauhkan diri sebelum terlambat.

“Kerana perkahwinan itu sukar, tetapi untuk melepaskan diri selepas berkahwin lebih sukar. Ini bukan tentang jantina, lelaki atau perempuan, jangan kekal bersama pendera,” katanya.

Pandang remeh

Pada perkongsian lain juga, isteri kepada pempengaruh media sosial Ubai MZ ini turut menyelar tindakan individu yang hanya memandang remeh mengenai isu penderaan.

“Saya tak faham mereka yang menormalisasikan penderaan dan memperlekehkan individu yang sedang berusaha untuk menyembuhkan diri mereka.

“Saya bimbang untuk pasangan, anak-anak, keluarga atau rakan-rakan mereka yang terpaksa berada bersama seseorang yang langsung tiada empati.
“Penderaan tak seharusnya dinormalisasikan, penderaan juga tidak sepatutnya dipandang remeh,” ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Gambar Mata Lebam, Shila Amzah Dedah ‘Penang’ Pernah Buat Dirinya Trauma - “Ubai Tahu Segala-Galanya…”

ARTIKEL BERKAITAN: Dilihat Tersenyum Bahagia, Shila Amzah & Keluarga Kembali Bersatu Di Majlis Akikah Anak

Sebelum ini, Shila berkongsi foto mata dia pernah lebam selain mendedahkan Pulau Pinang pernah menjadi lokasi yang membuatkan dirinya mengalami masalah trauma selama 10 tahun.
Sekadar info, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Edraki pada 2018 namun berpisah pada Februari 2022. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya maya lelaki, Seth Uwais yang kini berusia lima tahun.
Shila kemudian mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama pempengaruh, Ubai pada Ogos tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira pada 9 Mei lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024