Shila Amzah Dedah Syada Tak Pernah Hormatinya, Tak Pernah Dengar Cakap
Izwan Isa
12/10/2023 15:50 MYT
12/10/2023 15:50 MYT
Penyanyi Shila Amzah mendedahkan yang dia tidak boleh bekerjasama dengan adiknya, Syada Amzah kerana pempengaruh dan penyanyi itu tidak pernah mendengar kata.
Shila menerusi Instagram Live yang disiarkan semalam berkata, selain tidak mendengar kata, Syada juga disifatkan sebagai tidak menghormati dirinya.
“Orang cakap, kenapa Sha tak ajar Syada betul-betul, train dia. Masa Big Stage I already did. I knew that Sha tak boleh kerjasama dengan dia.
“Sebab apa? She never listens to anything I say. Dia tak pernah ada respect dengan Sha,” katanya.
undefined
Terdahulu, ramai dalam kalangan peminat bertanya kepada Shila mengapa dia menyertai satu pertandingan nyanyian dengan adik lelakinya, Syahir Amzah dan bukan Syada.
Selain itu, Shila turut memberitahu yang Syahir pernah bekerja sebagai seorang pembantu peribadi di sebuah syarikat, sebelum berhenti dan mengikutinya bekerja.
Terdahulu, Syada dan Shila dikatakan tidak sebulu apabila keduanya tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing.
Sumber: TikTok
BACA: Shila Amzah Ada Sebab Nak Jual Banglo Didiami Keluarga - “Memandangkan Rumah Itu Saya Punya…”
BACA: Pernah Dilempang Adik Sendiri, Shila Amzah Dah Sampai Limit...