Hiburan
Shila Amzah Terbuka Menerima Kunjungan Ibu & Adik Nak Datang Beraya - “Andai Kata Mama & Syada Mahu...”
Penyanyi Shila Amzah memberitahu dia terbuka menerima kehadiran ibu dan adik-beradiknya untuk datang ke rumah sempena Hari Raya Aidilfitri.
Bagaimanapun, isteri kepada pempengaruh media sosial Ubai MZ ini memberitahu dia enggan memikirkan soal itu kerana ingin fokus kepada bayi dalam kandungan dan keluarga kecilnya.
"Raya nanti saya hanya mahu fokus pada bayi dan keluarga kecil saya. Minta doakan yang baik-baik daripada semua orang. Saya tidak mahu cakap lebih, yang pastinya apa yang terjadi sebelum ini ada hikmah di sebaliknya.
"Andai kata mama dan Syada mahu datang berumah ke rumah saya sentiasa terbuka menerima. Tetapi untuk kata saya ada inisiatif sendiri berjumpa mereka itu setakat ini tidak lagi," katanya kepada Gempak.
Tunggu Tetamu Datang Beraya
Dalam pada itu, penyanyi lagu Patah Seribu ini berkata dia dan suaminya memilih untuk berada di rumah sahaja untuk menunggu tetamu datang beraya.
“Untuk raya kita memang mengamalkan konsep, masak dan duduk saja di rumah biar orang datang beraya. Kita tak pernah rumah orang, itu konsep untuk tahun ini.
“Tak ada nak aktif pergi beraya rumah orang,” ujarnya.
Terdahulu,Shila emberitahu dia belum bersedia untuk bertemu dengan ibunya iaitu Fauziah Sarman selepas konflik yang berlaku membabitkan keluarga mereka beberapa bulan lalu.
Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Hamzah, 34, berkata dia kini mahu memberikan fokus pada bayi dalam kandungan selain ingin mengelakakn diri daripada melakukan hal yang boleh menganggu emosinya.
Untuk rekod, Shila sah bergelar isteri kepada Ubai pada 5 Ogos 2023 dan kini sedang hamil anak pertama hasil perkongsian hidup bersama.
Shila pernah bercerai talak satu dengan Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais.
BERITA TRENDING: Shila Amzah Cadang Proses Hakam Untuk Selesai Masalah Rumah Tangga - “Semoga Allah Permudah Segala Jalan Untuk Suami Atau Isteri…
BERITA TRENDING: Shila Amzah Belum Bersedia Jumpa Ibu, Mahu Jaga Emosi & Kandungan - “Apa Yang Buat Saya Stres Atau Toksik…”
Must-Watch Video