Hiburan

Shila Amzah Belum Bersedia Jumpa Ibu, Mahu Jaga Emosi & Kandungan - “Apa Yang Buat Saya Stres Atau Toksik…”

gempak
Asyikin Mayudin
01/04/2024
23:50 MYT
Sponsor Banner
Shila Amzah Belum Bersedia Jumpa Ibu, Mahu Jaga Emosi & Kandungan - “Apa Yang Buat Saya Stres Atau Toksik…”
Memilih untuk bertenang, penyanyi Shila Amzah memberitahu dia belum bersedia untuk bertemu dengan ibunya iaitu Fauziah Sarman selepas konflik yang berlaku membabitkan keluarga mereka beberapa bulan lalu.
Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Hamzah, 34, berkata dia kini mahu memberikan fokus pada bayi dalam kandungan selain ingin mengelakakn diri daripada melakukan hal yang boleh menganggu emosinya.
"Saya dan keluarga macam itu sahaja keadaan kami, tiada penambahbaikan mahupun lebih buruk. Saya mengambil langkah mendengar nasihat suami untuk fokus pada diri sendiri dan anak dalam kandungan.
"Saya tidak mahu stress. Maklumlah mengandung di usia 30-an memang perlukan ketenangan dan emosi perlu dijaga. Saya ada kawan-kawan yang apabila mereka stress, kandungan tidak menjadi. Saya trauma dengar cerita kawan.
"Saya setiap hari fikir jangan pergi dulu (jumpa mama), uruskan nanti. Walaupun orang kata sekarang ini bulan baik (Ramadan) untuk perbaiki apa yang sepatutnya.
“Tetapi sejujurnya hati saya masih belum bersedia untuk berjumpa. Mesej itu ada, cuma sangat jarang," kata Shila kepada Gempak.
Shila berkata demikian ketika ditemui pada majlis Tayangan Perdana Astro Raya 2024 yang diadakan di Le Meridien Hotel, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Tambah penyanyi lagu Patah Seribu itu, kehidupannya kini bertambah baik apabila dia menyekat segala perkara yang disifatkan sebagai toksik.

Tak Pernah Aibkan Tanggungjawab

Bagaimanapun isteri kepada pempengaruh Ubai MZ itu berkata, tanggungjawab sebagai anak terhadap ibunya tidak diabaikan.
"Buat masa sekarang ini apa-apa kemungkinan yang boleh buat saya stress atau toksik memang saya elakkan. Kehidupan saya jauh lebih tenang apabila saya elakkan perkara toksik.
"Tanggungjawab saya sebagai anak sentiasa berterusan. Saya sudah jalankan tanggungjawab saya sewajarnya pada setiap bulan. Sekadar dan semampu yang saya boleh berikan. Kalau bukan secara fizikal tetapi perkara lain," ujarnya lagi.
Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai hantaran dimuat naik Fauziah di Instagram yang meluahkan rasa rindu terhadap anak Shila iaitu Seth Uwais, penyanyi itu hanya tersenyum.

BERITA TRENDING: Netizen Minta Tips Untuk Suami Isteri, Ini Respons Shila Amzah - “Jangan Berhenti Bercinta Walaupun…”

BERITA TRENDING: “Mendidihnya Hati Ini, Tapi Nasib Bulan Puasa” - Status Shila Amzah Undang Tanda Tanya

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live