Hiburan

Shima Guna Duit Live TikTok Beli Barang Dapur, Lampin Pakai Buang - "Ramai Tak Tahu Saya Juga Hidap ..."

gempak
Ernalisa
26/11/2024
08:55 MYT
Sponsor Banner
Shima Guna Duit Live TikTok Beli Barang Dapur, Lampin Pakai Buang - "Ramai Tak Tahu Saya Juga Hidap ..."
Penyanyi yang popular dengan lagu Teringin, Shima akui dia kini lebih aktif menyanyi secara langsung di platform penstriman TikTok demi meneruskan kelangsungan hidup.
Jelas Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, platform itu menjadi salah satu punca rezeki utamanya setiap hari.

BERITA BERKAITAN:Shima Sudah Tiga Tahun Tidak Bertudung, Ikut Nasihat Doktor - "Saya Bukan Saja-Saja"

BERITA BERKAITAN:Kongsi Gambar Cium Mulut Dengan Suami, Shima Anuar Jawab Kecaman Netizen

BERITA BERKAITAN:Kes Dera Anjing, Pendera Rupa-Rupanya Figura Terkenal, Penyelamat Pula Dituduh Menculik? - "Padahal Dia Yang Rela ..."

"Saya memang tidaklah kaya mana sebab saya cuma menyanyi bila saya rasa badan saya sihat. Selalunya saya akan bersiaran waktu malam.

"Jadi disitulah peminat akan beri saya 'gift' untuk saya. Dari 'gift' itulah saya dapat pendapatan untuk beli pampers pakai buang saya dan beli barang-barang dapur.
"Terima kasih kepada followers saya dan mereka yang sudi beri 'gift' pada saya.Kalau bukan kerana mereka, susah juga saya nak teruskan kelangsungan hidup seharian," katanya kepada Gempak.
Shima ditemui pada majlis Sumbangsih Prihatin anjuran Yayasan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) dengan kerjasama Persatuan Karyawan Malaysia (Karwawan) baru-baru ini.
Ditanya mengenai status kesihatannya, Shima yang sebelum ini pernah tular menghidapi sakit tulang belakang (slip disc) dan lemah pundi kencing menjelaskan ubat-ubatannya juga semakin bertambah.
"Saya mungkin nampak sihat, tapi sebenarnya pergerakan saya kini makin lama agak terbatas. Saya juga masih bergantung pada ubat-ubat doktor.
"Sudah 10 tahun tak boleh buat kerja berat dan pundi kencing saya lemah.
"Saya sentiasa pakai 'pampers', itu semua perlukan duit.
"Mungkin ramai juga yang tak tahu saya menghidapi bronkitis," kata Shima.
Dalam pada itu, Shima mengakui sudah lama tidak mendapat undangan nyanyian, sebaliknya, hanya 'ditaburi' cakap-cakap kosong pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya tidak pernah dapat tawaran. Ada yang telefon dan hantar mesej di TikTok dan WhatsApp, namun, sekadar cakap kosong. Mungkin orang itu hanya mahu berbual dengan sahaja... Itulah yang selalu saya dapat.

"Apabila orang buat begitu, memang saya tak suka. Jangan buat orang macam itu. Jangan beri orang harapan dengan cara begitu," ujarnya.
Pada 2018, Shima pernah membuka Warung Teringin menjual masakan nasi berlauk. Namun, perniagaan terpaksa ditutup setahun kemudian akibat 'slipped disc' yang dideritai sejak 2013 dan masalah pundi kencing
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024