Mood raya tiada lepas ibu 'pergi'
Shiqin atau nama penuhnya, Nur Ashiqin Mohd Kamal, 33, berkata sejak kehilangan ibu tersayang, dia kini menyambut Syawal dengan cara yang lebih sederhana.
“Raya saya setiap tahun sama sahaja, ibu pun dah tak ada. Ibarat seperti bila ibu dah tak ada, sebab untuk kita beraya pun tak ada.
“Biasanya saya akan beraya separuh hari sahaja untuk Syawal pertama. Selepas solat raya, salam raya dan makan kemudian dah buat aktiviti sendiri,” katanya kepada Gempak.
Hanya berjubah hitam di pagi raya
Advertisement
Lebih sayu, pelakon filem Ada Hantu ini turut berkongsi bahawa sudah 11 tahun setiap kali Aidilfitri, dia memilih untuk mengenakan jubah hitam sebagai pakaian tetapnya.
“Dari segi pakaian raya, memang setiap tahun saya akan pakai jubah hitam. Dah 11 tahun berjubah hitam.
“Sebab saya pun tak beraya sangat, melainkan memang dah tahu ada rumah terbuka dan sebagainya baru bersiap pakai baju raya.
“Kalau tidak memang saya hanya berjubah hitam, tak bersolek. Mungkin sebab bila ibu dah tak ada, mood beraya pun tak ada.
“Mungkin kalau dah berkahwin, baru akan ada tujuan beraya tu. Jadi doa-doakanlah saya bertemu jodoh dan ada suami selepas ini supaya tidaklah raya kelak terasa sunyi,” ujarnya.