'Shirtless' Bersyarat, Salah Faham Tidak Jejaskan Hafreez & Pengarah Gantung The Series

Amri Hassan
Disember 31, 2017 08:05 MYT
Pelakon Hafreez Adam menjelaskan salah faham yang berlaku antara syarat lakonan tanpa baju dan kontrak Gantung The Series tidak menjejaskan hubungannya dengan pengarah, Shamyl Othman.
Kata Hafreez yang dipetik menerusi kenyataan Twitternya, pihak produksi terlepas pandang syarat lakonan tanpa baju sehingga kontrak ditandatangani.
"Saya ada letak syarat sebenarnya untuk tidak mahu babak tanpa baju tetapi ada salah faham antara pengurusan dan produksi.
"Produksi sedar akan perkara itu selepas saya sudah menandatangani kontrak.
"Namun, babak tanpa baju itu penting untuk watak Troll kerana membabitkan logik. Jadi, ada perbincangan antara saya dan pengarah.
"Oleh kerana dia sangat baik dan menghormati pendirian orang lain, dia berikan saya kelonggaran untuk melakonkan babak itu mengikut syarat saya.
"Dia mahu buang babak tanpa baju itu tetapi saya tidak mahu mencacatkan cerita itu, jadi saya berkompromi dan dia bersetuju.
"Tutup aurat (yang menjadi prioriti saya sebenarnya)," tulis Hafreez.

Okay skrg kita cerita pasal team pula. Abe respect the director, Shamyl Othman. Sbb dia respect semua org dlm team ni. Abe sebenarnya ada letak syarat. Tak nak shoot shirtless. But ada miscommunication antara management & production. They were not informed about it.

— Troll (@HafreezAdam) December 30, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tambahnya, perbincangan lanjut dibuat sepanjang penggambaran dan Shamyl peka akan keselesaan Hafreez untuk melakonkan babak tersebut.
"Dia menyenangkan saya dan saya menghormati pengarah dan produksi Gantung The Series," ujarnya.
Gantung The Series telah mula ditayangkan di Indonesia sejak Jumaat lalu dan telah mendapat respons yang memberangsangkan daripada penonton.
Naskhah itu merupakan adaptasi daripada novel popular karya Nadia Khan.
Selain Hafreez, Gantung The Series turut dibintangi oleh Randy Pangalila, Ikmal Amry, Gita Sucia, Brandon Salim dan Mentari De Marelle.

Tonton kisah empat sahabat Gibbs, Ray, Troll & KJ dalam menghadapi kejadian mistis yang menghantui mereka di sekolah. #NgeTribeYuk #Gantung pic.twitter.com/Ltf8Xz7AZm

— TRIBEID (@TRIBE_ID) December 28, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Teks oleh: Amri Hassa
Sumber: Twitter @hafreezadam
#pelakon #Hafreez Adam #Pelakon #Gantung The Series