Shuhada Mohon Maaf, Komen Puteri Sarah Bakal Kahwin Hanya Salah Faham - “Tak Sangka Diputar Belit…”
Mya Amri
11/01/2024 03:55 MYT
11/01/2024 03:55 MYT
Belas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Shuhada membuat permohonan maaf susulan memberikan komen seolah-olah aktres Puteri Sarah Liyana bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.
Shuhada atau nama sebenarnya Nurul Shuhada Mat Shukri membuat permohonan maaf itu menerusi ruangan Insta Story miliknya.
Menurut Shuhada, komen tersebut tidak ada sebarang kaitan dengan perkahwinan sebaliknya dia hanya menzahirkan rasa gembira terhadap Puteri Sarah.
“Alamak ini adalah satu salah faham yang besar. Komen Shu itu betul-betul menzahirkan rasa bahagia untuk semua orang yang Shu hormati dan pandang tinggi.
"Tidak ada berkait untuk apa-apa perkahwinan, tak sangka pula diputar belit sampai macam itu sekali.
"Shu pun peminat Kak Farah dan Kak Sarah macam orang lain. Sikit pun tak rasa nak cari spotlight atau apa-apa untuk headline media," jelasnya.
Dalam hantaran yang sama, Shuhada juga memaklumkan telah memohon maaf secara persendirian kepada Puteri Sarah atas salah faham yang berlaku.
"Shu sudah secara peribadi mohon maaf dekat Kak Sarah dan ini permohonan maaf secara terbuka kalau ada yang mengina atau kutuk Kak sarah sebabkan itu.
“Tak baiklah, kita doa yang baik-baik untuk orang mesti Allah bagi yang baik-baik," coretnya.
Terdahulu, Shuhada sebelum ini ada meninggalkan komen di ruangan Instagram Farah Lee yang melangsungkan perkahwinannya bersama Fuad Hashim pada 5 Januari lepas.
Shuhada mengucapkan tahniah namun dia memetik nama Puteri Sarah adalah yang bakal berkahwin seterusnya.
Puteri Sarah kemudiannya tampil menafikan perkara tersebut dan mengakui tidak selesa apabila namanya dipetik dan dikatakan bakal berkahwin tidak lama lagi.

BERITA TRENDING: Puteri Sarah Tak Selesa Nama Dipetik Bakal Berkahwin - "Saya Sendiri Pun Tak Tahu..."