Pelakon Puteri Sarah Liyana tidak selesa apabila namanya dipetik dan didakwa bakal berkahwin dengan rakan niaganya, Andi Arsyil tidak lama lagi.

BERITA TRENDING: "Moga Puteri Sarah Bertemu Jodoh Yang Dapat Bahagiakannya & Anak-Anak" - Yusof…

Jelas Puteri Sarah, tindakan individu yang memetik pangkal namanya iaitu PSL, dikatakan bakal berkahwin secara tidak langsung telah menimbulkan fitnah.

"Saya sendiri pun tak tahu (mengenai perkahwinan). Saya tak suka bila ada orang yang keluarkan kenyataan sebegitu kerana ia boleh mendatangkan fitnah.

"Kami hanyalah rakan dalam perniagaan produk penjagaan kulit. Saya tak suka orang memandai-mandai cakap begitu sebab saya sendiri pun terkejut.

"Untuk seseorang keluarkan kenyataan begitu bagi pihak saya, saya rasa tak sedaplah sebab benda ini akan mendatangkan fitnah.

"Kawan-kawan saya pun tak pernah cakap atau keluarkan kenyataan begitu. Tiba-tiba, seseorang itu memandai-mandai keluarkan kenyataan begitu," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

PILIHAN PEMBACA: “Tak Akan Saya Nak Kacau Orang Punya” - Puteri Sarah Dedah Identiti Lelaki Misteri

Ditanya sama ada dia akan berkahwin dalam masa terdekat sekiranya dipertemukan dengan jodoh baharu, bekas isteri pelakon dan pengarah Syamsul Yusof itu berkata, sekarang bukan masanya.

"Bukan sekarang. Belum lagi masanya. Sekarang, saya nak fokus kepada anak-anak dan perniagaan. Insya-Allah akan mulakan penggambaran semula pada akhir bulan ini.

"Sekarang, alhamdulillah selepas selesai penggambaran beberapa drama dan teater, memang saya 100 peratus tumpukan kepada perniagaan," katanya.