Hiburan
Shuib, Mamat Akan 'Memilih' Tajaan Umrah - " Kalau Sudah Tertulis..."
Pelawak dan usahawan,Shuib menyatakan mahu lebih berhati-hati jika mahu menerima sebarang tajaan ke tanah suci bagi mengelakkan sebarang masalah pada kemudian hari.
BERITA BERKAITAN: 13 Tahun Menghilang! Mamat Mahu Kumpul Momen Indah Bersama Shuib
BERITA BERKAITAN: Tiada Rezeki Shuib & Mamat Nak Tunai Umrah Bersama, Mohon Agensi Berhenti Guna Foto Untuk Promosi - "Mungkin Belum..."
Pernah mendapat tawaran untuk ke tanah suci sebelum ini namun dia dan Mamat terpaksa menarik diri kerana agensi berkenaan mempunyai masalah.
“Saya dan Mamat sebelum ini pernah ditawarkan oleh sebuah agensi pelancongan tempatan yang berminat membawa kami ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah.
"Tetapi saya cakap dengan Mamat kita kena tarik diri sebab agensi ini ada masalah. Saya tahu pun sebab ada ramai orang bagi tahu.
“Saya kalau boleh tidak mahu memanjangkan isu ini, sebab saya dan Mamat tak tahu apa masalah yang berlaku antara jemaah dengan agensi berkenaan.
“Yang kami harapkan hanya mahu beribadah dengan tenang, oleh itu kami putuskan untuk menarik diri dan minta agensi berkenaan.
"Bagi saya kalau sudah tertulis, pasti kami akan dijemput ke sana," katanya.
Shuib ditemui Gempak ketika menghadiri majlis menandatangi kontrak antara Shuib dan Mamat bersama Nuh Travel & Tours di pejabat Nuh Travel & Tours pada Selasa.
Shuib berkata,bagaimanapun dia bersyukur kerana isu berkenaan telah diselesaikan dengan cara baik kedua-dua pihak.
Katanya, dia dan Mamat tidak mahu sewenang-wenangnga memilih agensi yang bakal membawa masalah kepada mereka berdua.
"Saya cakap dengan Mamat, kalau kita terima hujung-hujung nama kita akan terpalit.
"Jadi saya tak mahu isu-isu berbangkit timbul lebih-lebih lagi melibatkan tanah suci," ringkasnya.
Shuib berkata, dia percaya setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Sebelum ini dilaporkan pelawak Shuib dan Mamat Sepah menangguhkan hasrat mereka untuk menunaikan umrah pada bulan puasa tahun ini dengan sebuah agensi yang kini tular kerana gagal menghantar lebih 300 jemaah ke Tanah Suci.
Perkara itu kecoh di media sosial apabila kira-kira lebih 300 jemaah umrah terkandas apabila syarikat berkenaan gagal menerbangkan jemaah seperti yang dijadualkan.