Skip to main content

Budaya Popular

Tiada Rezeki Shuib & Mamat Nak Tunai Umrah Bersama, Mohon Agensi Berhenti Guna Foto Untuk Promosi - "Mungkin Belum..."

astrogempak_shuib_mamat_umrah.jpg

Tular sebuah video memaparkan pelawak, Shuib dan Mamat meluahkan rasa kekecewaan mereka kerana tidak dapat menunaikan ibadah umrah pada bulan Ramadan seperti yang dirancang.

Pada mulanya gembira dapat bekerjasama dengan sebuah agensi umrah, Shuib bagaimanapun berkata mereka menghadapi beberapa masalah dengan syarikat tersebut sehingga mengambil keputusan untuk menarik diri daripada perjalanan tersebut.

“Mungkin belum rezeki kita Mat nak pergi umrah bulan puasa ni. 


Disebabkan penarikan diri mereka daripada agensi tersebut, Shuib dan Mamat berharap pihak berkenaan tidak menggunakan wajah mereka untuk mempromosikan jenama agensi itu.

“Harap pihak yang berkaitan tidak menggunakan lagi wajah kami untuk sebarang promosi”, jelas mereka. 

Bagaimanapun, mereka juga yakin masih ada peluang untuk mereka menjejakkan kaki untuk melakukan ibadah Umrah pada masa hadapan.  

“Insya allah ada rezeki lain Mat, kita doa ada agensi yang lebih sesuai yang boleh bawak kita pergi umrah Mat”, ulasnya.

Must-Watch Video

Advertisement