Pelawak Shuib Sepahtu tidak kisah jika usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida ingin menumpang kasih dengan anak-anaknya.
Menurut Shuib, dia tidak mempunyai masalah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Vida dan dalam masa yang sama, turut menghormati pendapat netizen mengenai hal berkenaan tersebut.
“Berkenaan dengan kenyataan Datuk Seri Vida tempoh hari, saya sebenarnya tidak kisah. Bagi saya, selagi ia tidak menyentuh hal-hal yang boleh menyakitkan hati atau sensitiviti mana-mana pihak, saya okey sahaja.
“Saya anggap ungkapan ingin menumpang kasih anak-anak Shuib itu sebagai ungkapan general sahaja. Saya tiada masalah dengan ungkapan berkenaan. Mungkin netizen berasa tidak selesa, tetapi saya okey sahaja. Sebab saya kenal dia,” katanya kepada Gempak.
Menurut Shuib, dia juga tidak menghalang jika ada pihak yang ingin berkongsi kasih sayang dengan anak-anaknya.
“Jujurnya, saya tak halang jika ada orang ingin berikan kasih sayang pada anak-anak… nak luangkan masa dengan mereka pun saya tak kisah, lebih-lebih lagi dengan orang yang saya kenal,” katanya.
Dalam pada itu, Shuib turut berkongsi bahawa hubungan Datuk Seri Vida dengan arwah isterinya suatu ketika dahulu agak rapat.
Katanya, selepas pemergian isteri tercinta, arwah Siti Sarah, hal-hal berkaitan bisnes yang masih belum selesai diuruskan oleh mak mentuanya iaitu Mak De.
“Perjumpaan saya dengan Datuk Seri Vida tempoh hari berlaku di sebuah restoran ketika makan malam. Pada waktu siang, Datuk Seri Vida sudah bertemu dengan anak-anak saya, tetapi pada sebelah malam, dia hadir sekali untuk sesi makan malam tersebut.
“Memang buat masa ini urusan berkaitan bisnes yang dahulunya di kelolakan oleh arwah isteri saya diuruskan oleh Mak De. Jadi pertemuan itu kebetulan sahaja,” katanya lagi.
Terdahulu, netizen mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Vida yang ingin menumpang kasih dengan anak-anak Shuib iaitu Uwais, Talita dan Matin.
Izwan Isa
Wed Jul 27 2022


Umur 92 Tahun, Rupert Murdoch Bakal Kahwin Kali Kelima
Kalau dah jodoh kan.

Mafia Ugut, Mengaku Hidup Didedikasikan Untuk Bunuh Salman Khan
Takutnya, semoga Salman dilindungi.

“Pihak Sana Masih Dalam Siasatan Atas Kesalahan Persetubuhan Luar Nikah” - Puteri Sarah
Puteri Sarah jawab dakwaan Syamsul.

Syamsul Yusof Dakwa Puteri Sarah Curang Dengan Bekas Kekasih Berstatus Suami Orang
Syamsul failkan permohonan nusyuz.

Ucapan Pertama Bruce Willis Selepas Didiagnos Nyanyuk
Semoga semuanya baik-baik sahaja.

"Boleh Jumpa Anak, Cuma Jangan Jumpa Saya" - Nurul Shuhada
Doakan terbaik

“Saya bangga, Tak Kisah Nak Panggil Ayam” – Naim Daniel Ucap Terima Kasih, Watak Dalam High Council Dihargai
Naim Daniel jadi Ayam memang best!

“Semalam Sekolah, Hari Ini Nikah” - Remaja Perempuan Bergelar Isteri Sehari Selepas Tamat SPM
Jodoh awal

Lapangan Terbang Huru Hara, Penumpang Bawa Pulang Siput Ba*i Gergasi Untuk Dimakan
Aduh nervous betul bila jadi macam ni.

"Tengok Jodoh Macam Mana, Rasa Sayang Itu 50-50” - Hafidz Roshdi
Semoga dipermudahkan