Hiburan

Shuib Titip Ucapan Romantis, Syukur Miliki Isteri Seperti Watie - “Janganlah Awak Pergi Dulu Macam Mana Sarah Tinggalkan Saya”

gempak
Mya Amri
10/02/2025
11:14 MYT
Sponsor Banner
Shuib Titip Ucapan Romantis, Syukur Miliki Isteri Seperti Watie - “Janganlah Awak Pergi Dulu Macam Mana Sarah Tinggalkan Saya”
Pelawak, Shuib mendedikasikan ucapan menyentuh hati kepada isterinya, Watie Hanifiah sempena hari lahirnya yang jatuh pada 8 Februari lalu.

Mula bertudung atas permintaan Shuib

Malah kata Shuib, tarikh tersebut amat istimewa bagi dirinya kerana Watie mula bertudung atas permintaannya walaupun belum mempunyai sebarang ikatan.

“Selamat menyambut hari kelahiran buat kesayangan Daddy. Bila tiba tarikh 8 Februari itulah dia tarikh keramat yang akan daddy ingat sampai bila-bila.

“8 Februari 2022, itulah hari mummy mula pakai tudung atas permintaan daddy walaupun masa tu kita baru berkawan.

“Bila mummy boleh ikut cakap daddy dan tak membantah, di situlah daddy tahu yang mummy adalah sangat ‘sesuatu’.

“Walaupun bila mana saya decide untuk memilih awak, ramai yang tak suka dan membantah tapi saya tahu Allah tak akan hadirkan seseorang itu dengan sia-sia.
“Allah yang lebih Maha tahu dengan setiap kejadian. Awak datang membawa sinar kebahagian baru dalam hidup saya disaat saya hilang mencari diri sendiri.
“Nampak keikhlasan awak memberi kasih sayang pada anak-anak sehinggakan anak terlalu selesa dan rasa bahagia bila bersama awak, mummy,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Jangan Sentuh Anak Aku, Dia Muda Lagi” - Shuib Terasa Hati, Netizen Tuduh 'Jual' Anak

ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau Arwah Ibu Ada Sekarang, Pasti Dia Bangga Dengan Saya” – Talita Gembira, Tak Sangka Hasrat Jadi Penyanyi Tercapai

ARTIKEL BERKAITAN:Mahu Eratkan Ukhuwah Dengan Anak-Anak, Shuib Rancang Ada Zuriat Dengan Watie - "Ini Masa Yang Sesuai Untuk ..."

ARTIKEL BERKAITAN:Watie Hanifiah Menangis Dapat Bunga Dari Shuib, Rasa Diri Dihargai - “Itu Bermakna Bila Dia Dekat Luar Pun Ingat Kita”

ARTIKEL BERKAITAN:Anggap Shuib Suami Yang Hebat, Watie Hanifiah Pernah Jadi Seperti Netizen - “Kita Tak Ada Dalam Dunia Mereka…”

Sentiasa ada waktu susah senang

Dalam pada itu, Shuib juga menyatakan rasa terima kasih kepada Watie kerana setia berada disisinya tidak kira semasa susah atau senang.

“Mungkin dulu orang berkata yang awak bersama dengan saya sebab saya ada itu dan ini, tapi hakikatnya sekarang bila mana saya ditimpa masalah itu dan ini, awaklah orang yang sanggup berkorban apa sahaja untuk daddy.

“Awak lah orang yang sediakan berapa sahaja yang perlu untuk ikat jamin daddy di mahkamah. Beri apa sahaja yang awak ada untuk selesaikan segala masalah yang daddy sedang hadap.Terima kasih sayang," kongsinya.

Tak dapat bayang jika Watie tiada

Dalam hantaran yang sama, Shuib menyatakan dia tidak dapat membayangkan sekiranya Watie yang pergi dahulu menghadap Ilahi.
Tambahnya lagi, dia pasti akan berasa sakit yang teramat sangat sama seperti apabila arwah isteri kesayanganya, penyanyi Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos 2021 akibat COVID.

“Pernah kita borak-borak bodoh, kalau boleh janganlah awak pergi dulu macam mana Sarah tinggal kan saya.

“Sakit sangat-sangat, kali ini biarlah saya yang pergi dulu, saya tak sanggup. Saya tak tahu kalau saya hilang awak adakah saya akan jumpa orang sebaik awak.

“Tapi semua pun Allah telah tetap kan dan aturkan untuk kita. Kita hanya menikmati apa yang bakal Allah sajikan.
“Di hari baik, hari kelahiran mummy, daddy doakan Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, semoga terus menjadi isteri yang baik, mummy yang baik kepada anak-anak di rahmati dunia dan akhirat.
“I love you mummy, mmm bila Ayash boleh dapat adik?” coretnya.
Sekadar info, Shuib mendirikan rumah tangga bersama Watie pada 23 Jun 2023 lalu di Putra Glass Heights.
Terdahulu, Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata.
Namun Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 kerana jangkitan Covid-19.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024