Hiburan

Watie Hanifiah Menangis Dapat Bunga Dari Shuib, Rasa Diri Dihargai - “Itu Bermakna Bila Dia Dekat Luar Pun Ingat Kita”

gempak
Mya Amri
02/01/2025
04:55 MYT
Sponsor Banner
Watie Hanifiah Menangis Dapat Bunga Dari Shuib, Rasa Diri Dihargai - “Itu Bermakna Bila Dia Dekat Luar Pun Ingat Kita”
Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah meluahkan rasa syukur dikurniakan suami yang memahami.

Menangis dapat bunga

Menurut Watie, walaupun apa yang dilakukan oleh Shuib itu nampak kecil namun amat bermakna buat dirinya sebagai seorang isteri walaupun hanya sekadar memberi bunga.

“Nampak simple… tapi bermakna. Kenapa mummy happy setiap kali dapat bunga? “Sebab benda itulah dulu mummy paling suka sangat bila dapat tapi paling susah mummy nak dapat. Dulu kena minta baru dapat...#boring hahaha. “Tapi sekarang Allah kurniakan seorang suami yang sejenis cakap sekali je dari awal kenal sampai sekarang dia ingat. “Sampai sekarang dia take note, bini dia sejenis dapat bunga pun dah happy giler, melompat dan kali ini sampai nangis. Sebab lima hari sekali dapat bunga,” coretnya dalam hantaran terbaharu di Instagram.

Rasa diri dihargai suami

Dalam pada itu, Watie juga berasa terharu kerana bagi dirinya tindakan Shuib itu membuktikan bahawa suaminya itu sentiasa mengingati dirinya.

“Terharu sebab bila kita tahu je dia balik rumah bawa bunga untuk kita, itu bermakna dia dekat luar rumah pun dia ingat kita. “Usaha berjalan cari kedai bunga, mesti masa nak beli tu perasaan dia pun berbunga-bunga nak beli untuk bini.

“Fikirkan benda itu je dah buat mummy rasa dihargai sangat dan yang lagi best bila kita tengah buat kerja rumah tiba-tiba dapat bunga.
“Terus rasa satu hari punya penat tu dah ghaib hilang entah kemana. Terima kasih daddy! Selamat tahun baru, moga tahun 2025 kita bertambah bermakna walau dalam suka dan duka, love you @shuibsepahtu,” kongsinya.
Sekadar info, Shuib mendirikan rumah tangga bersama Watie pada 23 Jun 2023 lalu di Putra Glass Heights.
Terdahulu, Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata.
Namun Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 kerana jangkitan Covid-19.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024